Wednesday, May 23, 2007

Blogger = Positif vs Negatif?


Blogger Antara positif & negatif.


Positif
- Dapat sebarkan dakwah.
- Kemahiran internet bertambah.
- Berkongsi pengalaman.
- Kenalan & Ukhuwwah Islamiah bertambah.
- Tidak sibuk dengan perkara maksiat.

Negatif
- Banyak buang masa depan Komputer.
- Lalai hubungan dengan :-

- ALLAH

- Manusia

- Budaya syok sendiri.
- Ingin popular.
- Kejar ranking.
- Rasa puas hati bila blog cantik & ramai pengunjung.

- Budaya malas membaca dan mengkaji.
- copy paste.
- Tidak mementingkan kualiti atau isi blog.


Ulasan :

Tujuan saya menulis tajuk ini bukanlah mahu menghujum atau mencari kesalahan mana-mana pihak. Sebenarnya banyak lagi perkara positif dan negatif pada blogger yang tidak perlu saya penuhkan disini. Oleh itu, saya ingin respon dari sahabat-sahabat sama-sama kita muhasabah dan perbetulkan segala niat dan segala kerja buat kita, supaya kita benar-benar berjuang untuk agama ALLAH, bukan hanya untuk kepentingan tertentu.

Antara blogger yang saya kagumi seperti Us. Nasrudin Tantawi yang menulis dengan baik dan istiqomah, walaupun beliau sibuk dengan berbagai- bagai tugas lain, namun beliau tetap kekal menulis. Sikap inilah yang perlu disemai didalam semua hati para blogger. Bukan hanya mampu menulis tetapi mampu melaksanakan di medan dakwah sebenar. Ramai lagi blogger yang hebat-hebat yang saya tidak sebutkan disini.

Perkara matlamat tidak menghalalkan cara tidak perlu ada pada blogger kerana tujuan membina blog dengan niat yang baik tetapi sikap mengurangkan hubungan dengan ALLAH dan manusia lain perlu diatasi, sebagai contoh solat jamaah dan ziarah sahabat-sahabat diabaikan, yang ada ziarah hanya dari blog ke blog lain, semua ini kerana sibuk memposting, edit dan sebagainya. Ini belum lagi ditambah dengan benda-benda lain seperti friendster, chating dan sebagainya. Apa yang saya katakan matlamat tidak menghalalkan cara kerana masing-masing punya alasan berdakwah dengan niat yang baik tetapi kewajipan lain diabaikan.


Adakah anda setuju?

Blogger mesti:-
- Sentiasa mengikhlaskan niat.
- Memelihara hubungan dengan ALLAH dan manusia lain.
- Sentiasa muhasabah diri.
- Sentiasa ingat-mengingati antara semua sahabat-sahabat blogger.

Akhirnya saya memohon maaf atas tulisan yang berbentuk muhasabah seperti ini. Semoga kita semua sentiasa mendapat perhatian dan tunjuk ajar dari ALLAH atas setiap tingkah laku kita dan kita sentiasa mendapat taufiq dan rahmatNya.

3 comments:

Shahril Nizam Zulkipli said...

Blogger seharusnya bijak dalam menentukan masa yang sesuai untuk arena dakwah blog ini. kemudian tetapkan berapa lama yang perlu kita spentkan.Pengurus masa yang bijak mempunyai satu sistem kehidupan yang hebat.

Mudah-mudahan kita tidak lalai dengan ruang dan peluang dakwah ini kerana masih banyak perkara lain yang perlu diperjuangkan.

Syukran di atas muhasabah ini..

Puan masidas said...

Syukran atas muhasabah.Memang ada benar atas apa yg diperkatakan.Cuma saya teringat kali pertama saya diperkenalkan dengan blog.. sila baca www.masidas.blogspot.com

Mujahid Kecil said...

tima kasih atas komen anda semua, semoga kita sentiasa menjaga masa,berhati2 & sentiasa mempebaharui niat didalam usaha dakwah ini.
teguran yg membina membuatkan kita lebih matang dlm tindakan