Thursday, March 15, 2007

Masa yang perlu dihargai



Setelah blog ini dibina satu keseronokan sebab dapat ilmu baru dalam dunia IT ni, tetapi nak kekalkan menulis memang susah disebabkan masa yang terbatas, begitulah kehidupan harian kita, mencipta sesuatu perkara itu memang mudah tetapi hendak mengekalkannya perlu mujahadah yang tinggi. Jadilah hamba ALLAH yang Istiqomah didalam amalan. Janganlah kita terkesan dek suasana jadilah rasminya ikan dilautan, walaupun hidup dilautan yang airnya masin, tetapi tubuhnya tidak masin. Buktinya tika mahu mengoreng ikan perlu dicampur dengan garam. Wajiblah bagi kita sentiasa istiqomah sebagai hamba ALLAH yang patuh dan akir atas segala arahan dan laranganNya. Tidak macam lalang yang sentiasa ditiup angin kesana kesini. Jadilah pohon yang besar yang akarnya kuat, batangnya besar, pohonnya tinggi menjulang.

Setelah aku diamanahkan untuk memimpin persatuan di bumi anbiya ni banyak cabaran yang hadapi untuk mengatur, menyusun, merencana, mengukuh dan sebagainya.

Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada aku dan sahabat-sahabat seperjuangan didalam kerja-kerja amal islami yang banyak. Benarlah kata-kata Asyahid Hassan Al-Banna KEWAJIPAN ITU LEBIH BYK DARI WAKTU YANG KITA ADA. Syukur sangat pada ALLAH sebab sibukkan aku dalam kerja-kerja pembinaan diri dan untuk cari rehdonya, aku sangat sedih masih ramai lagi pemuda-pemudi diluar sana hatta di Mesir pun wujud pada kehidupan harian mereka sibuk dengan kerja-kerja maksiat dan meruntuhkan peribadi dan agama Islam yang dicinta.

Marilah sama-sama bekerja dan bergerak umpama air yang mengalir yang memberi manfaat kepada kita semua, jangan jadi air yang bertakung yang busuk yang menyusahkan semua orang.

Semoga ALLAH memberi petunjuk dan membimbing kita dalam setiap tindakan yang kita lakukan.