Friday, April 6, 2007

الدعاء سلاح المؤمن




Faedah Dan Keistimewaan Doa

1. Melalui doa seseorang Muslim dapat mententeramkan jiwa dan mencurahkan segala harapan serta merasa insaf terhadap kelemahan diri serta menyedari bahawa masih ada lagi yang berkuasa untuk memberi pertolongan.

2. Satu tuntutan Allah sebagai ibadah.

3. Untuk menghilangkan penderitaan dan kegelisahana batin serta perasaan putus asa kepada jaminan Allah.

4. Dikasihi Allah bila selalu berdoa dan menghampirkan diri kepadNya serta dipuji.

5. Jalan untuk menambahkan kekuatan iman bila disedari ada tempat bergantung.

6. Nabi Muhammad s.a.w yang maksum sering berdoa melebihi 70 kali.

7. Merupakan satu jenis ikhtiar untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

8. Doa boleh menguatkan iman, menjernihkan hati, menggiatkan kerja, menambahkan kelazatan ibadah, memurahkan rezeki dan menjauhkan bala dan tipu daya musuh.

9. Doa sebagai senjata orang2 beriman dan otak segala ibadah.

Doa yang Makbul

1. Doa mereka yang dizalimi.

2. Doa orang tua dan kanak2.

3. Doa ibu bapa kepada anak2.

4. Doa orang soleh yang taqwa.

5. Doa orang musafir.

6. Doa orang yang berpuasa.

7. Doa orang yang sakit.

8. Doa para malaikat dan para Rasul/Nabi.

9. Doa raja atau pemerintah yang adil.


Tanda2 doa orang yang makbul

kadang kala kita tidak mengetahui bahawa sesuatu doa itu diterima oleh Allah namun ia masih boleh dikesan dengan wujudnya perkara berikut.

1. Tercapai apa yang dipohon.

2. Dikurniakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipohon.

3. Terpelihara dari sesuatu bala bencana.

4. Dimurahkan rezeki, hati tenteram dan mudah menjalan semua pekerjaan.

Doa yang tidak dimakbulkan

Orang sering bertanya bahawa ia sering berdoa dan menadahkan tangan ke langit.
Boleh dikatakan hampir setiap masa bibirnya tidak lekang dari menyebut serta memohon doa kehadhrat Allah. Namun apa yang dihajati serta dipohon tidak pernak terlaksana diperkenankan oleh Allah.

Banyak sebab kenapa doa seseorang tidak diperkenankan oleh Allah

Antaranya:

1. Terlalu banyak melakukan dosa.

2. Masih berada didalam lingkungan maksiat.

3. Berdoa ditempat maksiat.

4. Tidak menunaikan kewajipan terhadap Allah.

5. Tidak mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

6. Meninggalkan Sunnah Rasulullah s.a.w.

7. terlalu banyak tunduk kepada tuntutan nafsu syaitan.

8. Tidak menghindarkan larangan Allah.

9. Sikap suka mengumpat serta memaki hamun.

10. Tidak pernah mensyukuri nikmat Allah.

11. Derhaka kepada pemerintah yang adil.

12. Derhaka terhadap kedua ibu bapa.

13. Bersifat takabbur, riak,sombong dan sebagainya.