Friday, November 30, 2007

Salam Perjuangan

Assalamualaikum:
Kepada semua sahabat-sahabatku yang dikasihi semoga kalian semua sihat dan terus mantap didalam memperjuangkan agama Allah yang dicintai dimana kalian semua berada.

Maafku pohon pada semua sekian lama aku tidak menjenguk blog ini, bukan aku futur selepas berkahwin, tetapi beberapa masalah yang menyebabkan blog ini hampir dipenuhi sawang.

Antara sebabnya aku terpaksa pindah rumah baru bersama isteri tercinta, proses nak masuk internet kerumah makan masa yang lama, dalam masa yang sama aku sibuk dengan berbagai tugas peribadi, keluarga dan persatuan. Sekali lagi maafku pinta pada semua.

Kalau dilihat pada banner blog aku ini sungguh sedap ayat yang diletakan iaitu "PERJUANGAN TANPA HENTI". Maksud itu bukan hanya berjuangan disini tapi agenda perjuangan kita sangatlah besar. Oleh itu aku menasihati diriku yang lemah ini dan sahabat-sahabat semua marilah kita berada dalam satu soff yang sama dalam meneruskan perjuangan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi dan mereka yang penuh yakin terhadap janji ALLAH.

Marilah kita renungi kalam As-Syahid Syed Qutb : Kita bukan orang yang memulakan perjuangan dan kita bukan orang yang mengakhiri perjuangan, tetapi kita adalah yang menyambung perjuangan para Rasul dan Nabi terdahulu.

Oleh yang demikian kita mesti membudaya sikap tegur menegur supaya sahabat-sahabat kita sentiasa bersama kita dalam menjayakan agenda yang satu, matlamat yang satu demi agama Islam yang dicintai. Buanglah sikap malu, pentingkan diri sendiri, budaya takut, malas dan segala sifat mazmumah yang melemahkan kita dalam perjuangan. Updatekan diri kita setiap hari agar kita sentiasa cemerlang dimana saja kita berada.

Akhirnya sambutlah tanganku, marilah kita seiring menuju ilahi dengan hati yang sejahtera...

1 comment:

Nasruddin said...

Salam...Ana harapanta dan isteri sentiasa dalamrahmat dan lindungan Allah hendaknya...Time kasih atas segala nasihat dan tunjuk ajar anta kepada anadan rakan2 ana...ana doakan semoga Anta dan keluarga dijanjikan redha Allah dunia dan akhirat...Selamat menempuh liku2 perjuangan...Assalamualaikum...