Tuesday, February 6, 2007

Kemanakah Kita Akan Tujui?

Hidup mesti ada tujuan, matlamat dan apa yang dinginkan. Kalau seseorang yang musafir yangmahu menuju kesuatu tempat, mesti ada tujuan dan matlamat yang mahu dicapai. Oleh itu kita sebagai hamba ALLAH mesti mempunyai matlamat.
Dari ALLAH kita datang, untuk ALLAH kita hidup, kepada ALLAH kita akan kembali.

Umur semakin bertambah dari kecil jadi kanak-kanak, dari kanak-kanak jadi remaja, dari remaja jadi dewasa, dari dewasa jadi tua, dari tua menuju ke?.
Jadi sama-samalah kita fikir.

Perjalanan yang sudah lama dilalui, tempat yang ditujui sudah semakin hampir.
Hidup sebagai seorang hamba ALLAH mestilah ada beza dengan makhluk lain.
Firman ALLAH yang bermaksud : Tidak sama orang yang tahu dengan orang yang tak tahu. Jadi mana mungkin manusia mampu hidup tanpa bantuan orang lain. Setiap insan saling berhajat kepada Insan yang lain.

Oleh itu janganlah mengasingkan diri kita dengan kelompok manusia yang taat kepada ALLAH. Sama-samalah berjuang untuk Islam dimana saja kita berada.

No comments: