Wednesday, May 21, 2008

Nakbah Palestin 1948 - 2008



Pelik, dan amat sarkas sekali. Bagaimana Gaza yang dibiarkan kelaparan dan kurang serba-serbi dan disekat. Tiba-tiba Israel yang diberi kemudahan gas. Pelik dan ganjil, dan lebih menyedihkan Negara Abou Houl ini menawarkan harga 3 kali lebih murah dari pasaran antarabangsa. “Kenapa perlu berikan subsidi kepada entiti tak bermaruah itu?” kata ahli Parlimen Ikhwan Muslimin, respon Sabri Aamer. Kecewa mengambil tempat.

Fahmi Huwaydi menyifatkan ia sebagai satu lagi Nakbah pada tahun ini. Sebuah hadiah 'special' sempena hari ‘kemerdekaan’ Israel. Ini kerana ‘hadiah’ istimewa diberi di bulan kelahiran Israel. Kenyataan memalukan ini menimbulkan pelbagai keganjilan .Apa pun, itulah kenyataannya! Kenyataan yang Mesir susah benar diharapkan. Dan ini menurutnya lagi bukanlah Nihayatul Mataf semenjak 1948.

Hal demikian itu disebabkan ianya akan menjadi titik tolak kelahiran-kelahiran Nakbaat(kesedihan-kesedihan) yang lain!! Dan ianya mungkin akan lebih menggerikan lagi. Dan kekejaman akan berterusan berlaku. Kebongkakan Rejim Mesir dan Israel tidak mengenal erti halal dan haram. Tidak mengenal di mana kawan dan di mana musuh.

Dan hal itu telah pun menjadi kenyataan, hari di mana masuknya gas di Israel. Helikopternya telah membunuh empat jiwa di Gaza. Lebih menyedihkan, seorang daripada mereka mati disebabkan tiada ambulans yang boleh menyelamatkan. Tetapi itu adalah mustahil kerana ambulans Gaza mati gara-gara ketiadaan bahan api untuk menggerakkannya!! Minyak yang dirampas dari ‘hak’ mereka oleh Israel. Minyak yang digunakan untuk menghina mematikan kehidupan di Gaza… Selain itu,Al-Jazeera melaporkan pihak PBB melalui seksyen UNWRA tidak dapat mengedarkan bantuan untuk penduduk Gaza kerana kenderaan-kenderaan banyak yang tidak dapat bergerak kerana kekurangan petrol.

Fahmi Huwaydi menyeru(dan saya juga bersama beliau). Semua aktivis-aktivis republik dari kalangan ‘human right’ dan ahli-ahli Diwan Al-Sya’b yang mendakwa mereka berkempen untuk bangsa agar memberhentikan segera bekalan gas kepada negara haram Israel kerana kita sudah melihat natijah dari pelaksanaan itu. Natijahnya hanyalah jenayah!! Dan ini juga akan meraikan lagi kemaslahatan negara ini dan generasi akan datang. Juga ia akan memberikan satu jaminan untuk rakyat Palestin yang berhadapan kekejaman Daulah Ibrani haram itu.

*Fahmi Huwaidi rakyat Mesir dan salah seorang editorial Al-Sharq Al-Awsat, penganalisis politik Mesir dan, aktivis keamanan, dan penulis isu-isu Palestin dan polemik Timur Tengah.



Note:
zahid naser
www.rencamagama.blogspot.com

No comments: