Monday, June 25, 2007

Dimanakah Kematangan Berfikir & Bertindak?

Kewarasan berfikir sangat perlu bagi insan yang dikurniakan akal oleh Allah. Dengan ini dapat membezakan manusia yang waras dengan manusia yang gila dan berbeza sama sekali dengan binatang yang hanya mempunyai nasfu semata-mata.

Didalam artikel yang lepas pada tajuk Sempena Hari Guru, saya telah menulis tentang sikap Rasulullah s.a.w didalam kewarasan berfikir dan bertindak.

Rasulullah s.a.w telah menunjukan sikap yang terbaik supaya umatNya mencontohiNya didalam setiap tindakan apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.

Tiga anggota penting dalam diri iaitu hati, akal dan nafsu yang masing-masing punya peranan. Semuanya mesti mengikut landasan syariat supaya tidak tersesat jalan. Jika salah satu anggota ini tersalah landasan, maka semuanya akan terbabas. Apabila kita bercakap atau menegur orang lain dengan rasa tidak puas hati, maka ianya tidak memberi apa-apa makna, melainkan hanyalah untuk melepaskan geram, sudah tentu datangnya dari nafsu yang jahat.

Sesorang yang berjaya mengawal semua anggotanya, dia akan berhati-hati apabila bercakap dan berfikir sebelum bertindak. Kalau kita bertindak mengikut nafsu semata-mata, secara tidak lansung orang lain dapat membaca tentang diri kita yang bermasalah.

Oleh itu berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Walaupun kita rasa kita betul, tetapi bertindak dengan cara yang salah, Akhirnya kebenaran menjadi kesalahan. Disini saya mahu utarakan dan mohon pada semua boleh komen tentang teguran seseorang yang saya sendiri pun pada mulanya tidak kenal.

Akhirnya setelah membaca berulang kali dan berfikir saya sudah kenal pasti siapakah MUJAHID LUMUT yang tidak tidak puas hati ini.

Ini antara kalamnya :

1. mujahid lumut: akum sehatker betul punya semangat yer org lumut kita ni, kalau anta balik tak jumpa ana siap...jgn cakap byk buat kerja terus org tak pertikai .

Komen saya:
Beliau mahu memberi teguran, tetapi teguran ini adalah teguran yang menjatuhkan, bukan teguran yang membina. Bila saya banyak menulis dia telah mempertikaikan semangat saya untuk terus menulis. Apa salah saya menulis? inikan blog saya? kalau betul pun salah adakah teguran sebegini yang terbaik?
Soal cakap dan kerja satu benda yang lain. Cakap perlu dan kerja pun perlu. adakah kalau saya buat kerja dengan baik sekalipun orang tak akan pertikai?
Dia mengatakan "kalau kalau anta balik tak jumpa ana siap". Adakah anda boleh menentukan masa depan anda sendiri?. Kita hanya merancang dan berdoa, tetapi kita tak tetapkan samaada terus thabat ataupun tidak. Kita hanya berserah pada Allah. Bekerja untuk Islam bukan hanya di Malaysia. Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung.

2. mujahid lumut: ni mesyuarat jewr byk buat kerja malap ..bukan apa ni muhasabah .. ingat syadid bukan pada semua tempat ada batasnya ..jgn org tolak islam kerana kita

Komen saya :
Adakah kerana mesyuarat banyak, kerja kita malap? adakah tidak perlu mesyuarat? Muhasabah? adakah ini dinamakan muhasabah? saya sendiri tidak kenal siapa orang ini? hantu? hantu pun dah pandai bagi muhasabah?. Kalau saya syadid apa buktinya? tidak ada seorang pun yang berkata pada saya melainkan orang ini. Islam tidak akan pupus kerana peribadi seseorang. Berapa ramai orang yang kita jumpa, seseorang itu tolak Islam kerana individu?

3. mujahid lumut : anta tu piumpinan org tgk dan dgr kalam anta ta[i kalau org dah tak caya payah lah ..kuat kan ukhuwah ni antara pimpinan pon masalah fikirkan lah yer

Komen saya :
Selama mana saya jadi pimpinan, tidak adalah teguran sebegini rupa. Cuba bagi tahu terus terang siapakah yang tidak mempercayai saya? tolong tunjukan dimana salahnya? takan kerana seorang yang tak percaya seolah-olah melambangkan mojoriti semua tak percaya? kalau betul pun ukhuwwah sesama pimpinan tak berapa baik, kenapa disini medan untuk melepaskan geram?
saya ada email, ada nombor telefon, ada rumah. kalau tidak boleh datang pun, sila bagi tahu dimana, saya sedia untuk pergi bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Akhirnya saya berpesan sungguh-sungguh pada MUJAHID LUMUT ini untuk tampil jelaskan pada semua sepertimana MUJAHID LUMUT berani tulis di shoutbox ini dan berani bertanggungjawab diatas apa yang ditulis.

Saya sedia maafkan sekiranya perkara ini dijelaskan kembali dishoutbox blog ini.

Ambillah pengajaran apa yang belaku. Semoga kita tidak bertindak dengan nafsu semata-mata dan membelakangkan ilmu yang kita pelajari. Kalam hati lebih bermakna dari kalam nafsu.

Thursday, June 21, 2007

Warkah Buat Pemuda

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak melakukan maksiat". Daripada hadis Nabi ini fahamlah kita bahawa Allah sangat sayang dan kagum pada pemuda yang sangat taat akan suruhan dan laranganNya.

Telah diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w sendiri pada zaman mudanya pernah tertarik kepada nyayian arab jahiliyyah. Walaubagaimanapun Allah telah menyelamatkan RasulNya daripada maksiat dengan menidurkan Rasulullah sehinggalah selesai majlis maksiat masyarakat arab jahilyyah pada ketika itu.

Sememangnya jiwa pemuda suka kepada hiburan dan tidak suka jiwanya dikongkong atau diatur. Pemuda mempunyai selera yang tinggi dan mempunyai sikap ingin mencuba walaupun perkara itu haram. Tidak hairanlah pada zaman sekarang yang serba canggih ini ramai pemuda yang tengelam dalam dunia maksiat.

Pemuda yang benar-benar beriman bijak mengatur dirinya dan sentiasa memelihara imannya dari segala gejala yang tidak sihat. Oleh itu pemuda perlu mempunyai kesedaran yang tinggi, semangat yang kuat kerana pemuda hari ini melambangkan pemimpin hari esok.

Mari sama-sama kita kongsi artikal dari majalah Haluan edisi 98 ini supaya kita fahami sungguh-sungguh pentingnya kesedaran dikalangan orang muda.

Sedarlah Wahai Pemuda

Wahai pemuda,

Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah bersama orang yang bertaqwa. Dan bersyukurlah diatas nikmat Allah yang paling besar lagi tidak terhingga nilainya. Nikmat berada di atas jalanNya yang benar. Jalan para Nabi dan Rasul Allah. Kita berada di dalam nikmat Islam dengan pilihan Allah. Sesiapa yang menolaknya maka padahlah hidupnya dan akan rugilah dia di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud ;

“Barang siapa yang mencari selain Islam sebagai Deen (sistem hidup) maka ia tidak diterima dan dia di akhirat kelak bersama mereka yang rugi.” (Ali Imran, 3:83)

Yakinlah wahai pemuda,

Islam sebagai Deen yang benar menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka yang beriman dan mengambil Islam sebagai sistem hidup sentiasa dicuba oleh musuh-musuh mereka untuk menyekat dan memperdaya penganut-penganut Islam supaya tidak kuat pegangan mereka terhadap Islam. Dan tidak bulat keyakinan mereka dengan janji-janji Allah di akhirat kelak. Hakikat ini telah jelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;

“ Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya Allah(Deen Allah) dengan mulut-mulut mereka (diayah-diayah mereka) dan Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya Islam walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”
(AtTaubah, 9:32; As-Sof, 61:8)

Usaha memadamkan cahaya Allah telah berlaku sepanjang sejarah hidup manusia di atas muka bumi ini sejak nabi-nabi dan rasul-rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman Baginda Rasulullah SAW, di zaman Khulafah Ar-Rashidin hingga sekarang dan akan terus dicuba dan ditentang hingga datang Qiamat. Firman Allah dalam Al-Quran Al-Karim yang bermaksud;

“Sebahagian besar Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kepada mereka kebenaran.” (Al-Baqarah, 2:109)

Ini adalah persaksian Allah tentang sikap permusuhan orang-orang kafir terhadap orang Islam, tidak kira apa juga kedudukan mereka sama ada Yahudi atau Nasrani atau Majusi atau Hinduni dan sebagainya. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Kekufuran itu satu pegangan”

Ingatlah wahai pemuda,

Salah seorang bekas Perdana menteri British ada membuat satu kenyataan katanya;
“Barat sekali-kali tidak dapat menguasai timur dan barat sendiri tidak akan aman selagi mana Al-Quran berada di tangan orang –orang Islam”.

Kenyataan yang sama dibuat oleh Pesuruhjaya Perancis di Algeria di bawah jajahan mereka;
“kita tidak akan menang dalam peperangan menentang orang-orang Algeria selagimana mereka membaca Al-Quran Al-Karim dan bercakap dengan bahasa Arab. Oleh itu kita perlu hapuskan AlQuran daripada kehidupan mereka dan hapuskan bahasa Arab dari menjadi bahasa mereka.”

Maksud mereka ”menghapuskan Al-Quran daripada kehidupan orang Algeria”, bukanlah menghapuskan naskhah Al-Quran yang mereka baca tetapi menghapuskan roh Al-Quran di dalam kehidupan mereka. Menghapuskan Al-Quran daripada menjadi manhaj hayah (cara hidup) mereka.

Dalam satu peristiwa lain, seorang ketua gerakan Kristian dalam satu persidangan di Baitul Maqdis satu ketika dahulu menyampaikan amanah kepada pendakwah Kristian sebagai berkata;

“Peranan kamu bukanlah hendak mengkristiankan orang-orang Islam tetapi ialah mengeluarkan mereka daripada Islam supaya menjadi makhluk yang tidak ada hubungan dengan Allah dan tidak berakhlaq.”

Begitu kenyataan pemimpin Kristian di Timur yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar Komunis katanya; “ Mustahil komunis boleh berkuasa sebelum Islam dapat diganyang habis-habisan.” Buktinya apa yang dilakukan oleh Komunis Rusia di Negara Balkan sekarang ini.

Peganglah wahai pemuda,

Pertelagahan antara haq dengan batil adalah menjadi sunnah hidup manusia di alam duniawi ini. Kebatilan dan kekufuran tidak senang dengan kebenaran yang dibawa oleh Islam, Deen Allah melalui Rasul-rasul Allah dan berakhir dengan Baginda Rasulullah SAW. Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud;

“Iblis berkata: Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku telah sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dimuka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".

Inilah pengakuan Iblis di hadapan Allah SWT yang ia akan tetap akan mengeluarkan dan menyesatkan manusia di muka bumi ini.

Allah SWT memperingatkan kita supaya berjaga-jaga jangan cuba terpengaruh dan ikut cara hidup orang-orang kafir nanti kita akan ditimpa kerugian yang besar.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 149 yang bermaksud;

“Wahai orang yang beriman jika kamu mentaati orang kafir mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran dan kamu akan kembali rugi”.

Sedarlah wahai pemuda,

Musuh–musuh Islam telah menggunakan berbagai-bagai taktik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menyerang Islam dan umatnya dengan alat senjata dan askar-askar, pemikiran dan ideologi serta akhlaq dan kebudayaan. Semua bentuk serangan yang tersebut telah mendatangkan kemenangan kepada mereka. Umat Islam kalah di dalam peperangan bersenjata, kalah di dalam peperangan pemikiran dan ideologi dan kalah dalam serangan akhlaq dan kebudayaan. Tengoklah kepada realiti yang berlaku di negara-negara Islam. Mereka diserang dan dijajah baik dengan kekuatan tentera atau kekuatan ekonomi atau kekuatan media elektronik dan sebagainya.

Perhatikanlah cara hidup muda-mudi Islam hari ini malah majoriti orang-orang Islam telah terikut-ikut dengan cara hidup musuh-musuh Islam tanpa di sedari seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, gaya hidup dan pemerintahan dan sebagainya seperti yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Nauzubillahminzalik.

Bangunlah wahai pemuda,

Musuh-musuh Islam memang bekerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan berbagai taktik dan tipu helah. Secara keras atau secara halus asalkan mereka dapat sampai kepada matlamat mereka iaitu menghancurkan umat Islam dan menghalang mereka daripada memerintah dan memimpin manusia ke arah keredaan Allah SWT . Oleh itu kita umat Islam perlu sedar dan berjaga-jaga dan perlu mengambil iktibar daripada pengalaman yang silam agar kita tidak terperangkap berkali-kali di dalam perangkap musuh dan sepatutnya orang orang mukmin tidak dipagut di dalam lubang yang sama dua kali (pepatah arab). Orang-orang mukmin perlu memiliki kekuatan dalam berbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekali gus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan di bawah pimpinan jahiliyah yang penuh dengan angkara kezaliman di serata pelusuk dunia. Sanggupkah kita melihat umat Islam diburu, dibunuh, dihalau, diperkosa dan berbagai-bagai lagi kekejaman yang dilakukan oleh musuh Islam seperti di Bosnia, Palestin, Kashmir, Somalia, Burma, Sri Lanka dan lain lain negara yang minoritinya orang-orang Islam? Umat Islam perlu membina kekuatan mengatasi kekuatan musuh di segi ilmu pengetahuan, perancangan, dan peradaban demi mengembalikan kepimpinan dan khilafah ke tangan umat Islam sendiri.

"Ya Allah! Kami memohon pertolongan dariMu agar kami tetap dalam melaksanakan perintahMu. Dan kami memohon pertolongan dariMu untuk menghadapi musuh-musuh kami sehingga Islam tertegak di atas mukabumiMu. Kurniakanlah kesedaran kepada kami tentang tanggungjawab kami dan kebijaksanaan dalam menguruskannya serta kurniakanlah natijah yang baik. Ya Allah! Jadikanlah kami orang-orang yang cinta kepadaMu dan orang-orang yang mencintaiMu. Jadikanlah kami membenci mereka yang memusuhiMu. Cucurilah rahmatMu kepada kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih."


Wednesday, June 20, 2007

Diskriminasi Media

Hari ini kepentingan beramal dalam Islam hanya dilihat pada soal ibadah solat, puasa, haji dan hanyalah diamalkan pada tempat-tempat tertentu atau pada perkara yang memberi keuntungan sahaja.

Semakin hari semakin ramai orang yang mempertikaikan kesucian Islam. Tidak segan silu melakukan maksiat, mengeluarkan perkataan yang boleh membawa kepada murtad dan sebagainya.

Apa sudah jadi pada negaraku yang kian hari, kian berani mencabar sensetiviti umat Islam di Malaysia khususnya dan masyarakat Islam dunia umumnya.

Media hari ini semakin berani dan tidak segan silu memperlekehkan agama Islam yang suci serta bebas untuk berbuat apa-apa saja. Tidak ada apa-apa tindakan kerana mempersenda agama Islam di Malaysia. Baru-baru ini Metro Kajang Holdings Berhad telah menguris perasaan umat Islam di Malaysia. Apakah umat Islam di Malaysia boleh buat?. Boleh klik link pada tajuk:
Biadapnya Metro Kajang, Islam diperlekehkan dan dihina!

Apa sudah jadi dengan media tempatan kita?. Kebenaran disorok, disekat, berita yang terang-terang menghina Islam dibenarkan. Satu lagi tentang keputusan nombor ekor yang dibenarkan untuk disiarkan pada akhbar tempatan. Inilah yang dinamakan dikriminasi terhadap media yang orang ramai tidak sedar. Boleh klik pada tajuk: : Akhbar Melayu siar keputusan nombor ekor dibidas!

Berita hari ini dan juga dari harakahdaily pada tajuk :
Sinar FM pula 'kurang ajar', soal tudung labuh ditertawakan!. Habis semua media dengan selambanya makin berani mempersendakan Islam. Semua perkara sudah dihalalkan.

Tidak ada perkara yang yang haram, semuanya halal, tinggal lagi babi (khinzir) saja yang haram, perkara lain, walaupun menyalahi undang-undang Islam ianya tetap halal. Kalau ada yang haram pun kerana apa?.
Haram disebabkan tiada lesen, kalau ada lesen, boleh berjudi, boleh minum arak, boleh melacur, dedah aurat, rasuah, seribu satu macam lagi yang semua orang dah tahu. Pokok pangkalnya semuanya boleh jika ada lesen sebab fulus ada masuk.
Akhirnya inilah kata-kata yang sesuai" fulus fiddunya wamampus filakhirah".

Monday, June 11, 2007

Blogger Positif Vs Negatif Siri II

Antara soalan-soalan yang saya terima selepas menulis Blogger positif Vs Negatif.
1. Husnu dzon pada pejuang islam...klu tidak dakwah x blaku..ikut uslub...
2. Menulis satu dakwah..tapi ramai kah yg membaca??

Ulasan Soalan

1. Seperti yang saya katakan bukan mahu menghujum mana-mana pihak, tetapi sekadar mengutarakan beberapa masalah. Jadi kita kena bersikap terbuka, bukan semua orang mempunyai fikrah yang satu. Namun kearah penyatuan fikrah sangatlah penting. Kritikan membina tidak salah, yang salah mengkritik dengan tujuan mencari kesalahan orang lain. Sememangnya didalam menyampaikan dakwah dengan berbagai-bagai uslub yang digunakan, terkadang belaku juga ketidakfahaman didalam pengunaan uslub dakwah. Inilah yang dikatakan berbagai alasan yang boleh digunakan dengan alasan dakwah. Apa-apapun saya sangat kagumi semua usaha-usaha dakwah yang ada sekarang ini.

2. Ramai atau tidak bukan persoalan, apa yang penting manfaat dari penulisan yang kita tulis. Paling kurang kita cuba mengasah bakat menulis, menasihati diri kita, memberi semangat pada kawan-kawan lain untuk turut serta menulis dan berbagai lagi perkara positif yang saya utarakan dibawah.

Pelbagai tangapan negatif tentang blog.
teruk sangat ker blogger ni?
adakah semua blogger buat kerja tak berfaedah, suka buat cerita, fitnah orang dan macam- macam tangkapan orang.
adakah betul begitu? bukankah banyak manfaat yang boleh ambil dari teknologi dunia yang samakin hebat ni?

Bagi saya soalan-soalan itu ada pro dan kontra nya. Jadi terpulang bagi individu masing masing dengan mengunakan kelebihan yang Allah kurniakan pada kita. Boleh dikatakan setiap hari ada saja individu membina blog. Masing-masing seronok sebab dapat ilmu baru atau sememangnya pembinaan blog untuk berbagai tujuan yang akan dicapai bagi setiap individu.


Peranan Blog

Terlalu banyak manfaat yang boleh diambil dari pembinaan blog antaranya:

1. Dapat luahkan perasaan. Ini terbukti pakar-pakar motivasi menyebut, untuk mengurangkan tekanan perasaan dengan meluahkan perasaan dengan menulis.

2. Mematangkan pemikiran, dengan menulis kita akan sentiasa akan memperbaiki tulisan kita. rajin mengkaji dan mencuba untuk menulis dengan tajuk-tajuk yang difikirkan perlu.

3. Dapat sebarkan ilmu. Ilmu yang ada pada kita umpama air. Jadilah seperti air yang mengalir yang memberi manfaat pada semua, bukan seperti air yang bertakung yang menyusahkan orang lain kerana air yang bertakung lama-kelamaan pasti mendatangkan bau yang tidak menyenangkan semua orang.

4. Menulis sebenarnya secara tak langsung kita menasihati diri kita dan kita cuba untuk menjadikan diri kita seperti mana perkara-perkara yang kita tulis dan dengan ini kita sentiasa mengingati, bahawa Allah murka kepada mereka yang bercakap tetapi tidak melaksanakannya.

5. Menjadikan diri lebih berani, yakin dan bertanggungjawab.

6. Tidak sibuk dengan perkara-perkara yang melalaikan atau perkara-perkara maksiat.

Semangat untuk menulis mestilah diteruskan, manfaatkan penulisan diblog sebagai langkah awal untuk kita maju dibidang penulisan, sekarang ini terlalu banyak perkara yang perlu di utarakan, kita tidak kering idea, namun terpulang pada setiap blogger untuk menulis samaada isu semasa, ulasan buku, politik, fikrah dan apa-apa sahaja yang difikirkan perlu untuk manfaat bersama.

Ambillah semangat ulama-ulama yang terdahulu dan terkini, mereka bukan sahaja hebat dibidang penulisan, bahkan mampu terjun dimedan masyarakat yang pelbagai. Oleh itu marilah kita bangun dari lena yang panjang, dari keasyikan dunia yang fana ini dengan kita mengorak langkah menuju kejayaan yang hakiki.

Thursday, June 7, 2007

Memahami kepentingan Tarbiyah

Artikel ini perlu dibaca dan difahami agar kita dapat amalkan dididalam kehidupan harian kita. Rasulullah sendiri ditarbiyah oleh ALLAH dengan berbagai-bagai ujian hidup untuk membawa risalah yang benar. Begitu juga sahabat-sahabat baginda yang ditarbiyah oleh Rasulullah s.a.w dan begitulah seterusnya pada mereka-mereka yang berjuang dijalan ALLAH mesti melalui proses tarbiyah.

Orang yang meletakan konsep boleh ditarbiyah dan boleh mentarbiyah orang lain, maka orang inilah yang akan dipilih oleh ALLAH untuk menyambung risalah nabi. Sesungguhnya risalah yang benar memerlukan jiwa yang kuat yang mampu membawa risalah yang berat ini.

Ini adalah artikel yang saya petik dari majalah Haluan edisi 97 untuk kita ambil sebanyak mungkin manfaat dan seterusnya kita amalkan didalam kehidupan ini.


Tarbiyah Melahirkan Mukmin Mujahid

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'ie yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."

Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'

Serendah-rendah tingkat jihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan berjihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan

Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syeikh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasulullah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.

Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyarakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."

v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.

vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.

PENUTUP

Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dapat dilahirkan, tanpa melalui proses Tarbiyah dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.