Friday, June 13, 2008

Alternatif bila harga minyak naik

Bila harga minyak naik tinggi, macam nilah kot pemimpin UMNO nak. Harap lakonan macam ni dilakonkan oleh barisan pemimpin UMNO. Bagi rakyat Malaysia tengok dan nilai dulu. Lepas tu pakat gelak ramai-ramai. Inilah cara supaya rakyat kena ubah cara hidup daripada berkereta pakat-pakat jalan kaki.

Wednesday, May 21, 2008

Komputer untuk di Jual






Nakbah Palestin 1948 - 2008



Pelik, dan amat sarkas sekali. Bagaimana Gaza yang dibiarkan kelaparan dan kurang serba-serbi dan disekat. Tiba-tiba Israel yang diberi kemudahan gas. Pelik dan ganjil, dan lebih menyedihkan Negara Abou Houl ini menawarkan harga 3 kali lebih murah dari pasaran antarabangsa. “Kenapa perlu berikan subsidi kepada entiti tak bermaruah itu?” kata ahli Parlimen Ikhwan Muslimin, respon Sabri Aamer. Kecewa mengambil tempat.

Fahmi Huwaydi menyifatkan ia sebagai satu lagi Nakbah pada tahun ini. Sebuah hadiah 'special' sempena hari ‘kemerdekaan’ Israel. Ini kerana ‘hadiah’ istimewa diberi di bulan kelahiran Israel. Kenyataan memalukan ini menimbulkan pelbagai keganjilan .Apa pun, itulah kenyataannya! Kenyataan yang Mesir susah benar diharapkan. Dan ini menurutnya lagi bukanlah Nihayatul Mataf semenjak 1948.

Hal demikian itu disebabkan ianya akan menjadi titik tolak kelahiran-kelahiran Nakbaat(kesedihan-kesedihan) yang lain!! Dan ianya mungkin akan lebih menggerikan lagi. Dan kekejaman akan berterusan berlaku. Kebongkakan Rejim Mesir dan Israel tidak mengenal erti halal dan haram. Tidak mengenal di mana kawan dan di mana musuh.

Dan hal itu telah pun menjadi kenyataan, hari di mana masuknya gas di Israel. Helikopternya telah membunuh empat jiwa di Gaza. Lebih menyedihkan, seorang daripada mereka mati disebabkan tiada ambulans yang boleh menyelamatkan. Tetapi itu adalah mustahil kerana ambulans Gaza mati gara-gara ketiadaan bahan api untuk menggerakkannya!! Minyak yang dirampas dari ‘hak’ mereka oleh Israel. Minyak yang digunakan untuk menghina mematikan kehidupan di Gaza… Selain itu,Al-Jazeera melaporkan pihak PBB melalui seksyen UNWRA tidak dapat mengedarkan bantuan untuk penduduk Gaza kerana kenderaan-kenderaan banyak yang tidak dapat bergerak kerana kekurangan petrol.

Fahmi Huwaydi menyeru(dan saya juga bersama beliau). Semua aktivis-aktivis republik dari kalangan ‘human right’ dan ahli-ahli Diwan Al-Sya’b yang mendakwa mereka berkempen untuk bangsa agar memberhentikan segera bekalan gas kepada negara haram Israel kerana kita sudah melihat natijah dari pelaksanaan itu. Natijahnya hanyalah jenayah!! Dan ini juga akan meraikan lagi kemaslahatan negara ini dan generasi akan datang. Juga ia akan memberikan satu jaminan untuk rakyat Palestin yang berhadapan kekejaman Daulah Ibrani haram itu.

*Fahmi Huwaidi rakyat Mesir dan salah seorang editorial Al-Sharq Al-Awsat, penganalisis politik Mesir dan, aktivis keamanan, dan penulis isu-isu Palestin dan polemik Timur Tengah.



Note:
zahid naser
www.rencamagama.blogspot.com

Sunday, May 11, 2008

Nasyid Sempena Hari Ibu 2008



Dengarlah nasyid ini untuk teruskan semangat kalian semua.


sedikit kata-kata kenangkan Ibu :

Kasih Ibu tiada tandingan
bersusah payah dengan keringat
mengharapkan anak soleh solehah teruskan perjuangan
Agar anak berjaya dan bersemangat

Kasih Ibu tiada tandingan
walaupun jauh dekat dihati
Doa siibu sentiasa berpanjangan
Agar sianak tahu dan mengerti

Friday, April 25, 2008

Pesanan Dr Yusof Alqoradawi pada semua Umat Islam Tentang kesengsaraan Umat Plestin.




Setiap hari umat Islam Di Plestin (gaza) Di belasah oleh laknatullah yahudi, dimana prihatin kita terhadap umat Islam di Plestin?dimana pemimpin Islam? dimana kita semua ketika saudara seakidah dengan kita diganyah hebat?. Adakah kita hanya sibuk dengan hal dunia kita sahaja?

Dengarlah pesanan Sheikh Yusuf Al-qaradawi ini, minta tolong pada semua tolong sangat-sangat doa dan solat hajat untuk saudara kita di Plestin..

Sunday, April 13, 2008

RE: Fitna - Schism (The Bible version of Fitna)





" JEDDAH: Seorang penulis blog Arab Saudi berjaya menghasilkan sebuah video selama enam minit berjudul Schism dengan memetik ayat dalam kitab Injil yang menghalalkan peperangan, sebagai reaksi tindakan ahli parlimen Belanda Geert Wilder menghina Islam menerusi filem bertajuk Fitna.

Raid Al-Saeed, 33, menunjukkan di dalam filemnya, beberapa petikan kitab Injil yang menggalakkan peperangan dan membuat tambahan dengan klip rakaman memperlihatkan kumpulan ekstremis Kristian menyampaikan ceramah berunsur keganasan.

“Saya menghasilkannya dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam ‘Schism’ saya menggunakan metodologi sama digunakan Wilders dan ia membabitkan petikan yang disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata langkah yang diambil untuk menghasilkan filem itu adalah bagi membuktikan bahawa adalah salah untuk mengadili dan menilai Islam dengan menonton Fitna. Petikan ini dicatatkan Raid pada penghujung filemnya.

“Memang mudah untuk memetik mana-mana bahagian dalam kitab suci dan menyalah tasfirkan petikan itu sehingga membuat ia seolah-olah kelihatan seperti sebuah kitab yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan.”

“Inilah yang dilakukan Geert Wilders untuk mendapat sokongan bagi ideologinya yang penuh perasaan kebencian. Berikutan itu saya menghasilkan Schism sebagai satu reaksi balas,” katanya.

Raid berkata beliau tidak percayai ada kitab suci menggalakkan keganasan dan pertumpahan darah.

Beliau berkata Fitna dibuat ‘berasaskan kebencian’ dan Wilders menyalahgunakan ‘kebebasan bersuara yang dinikmatinya,” kata beliau yang menambah, filem Wilders menunjukkan perasaan perkauman dan kebencian yang dimilikinya.

Apabila Raid mengirim klipnya ke YouTube pada 1 Mac, ia dibatalkan 12 jam kemudian dengan satu pesanan daripada laman itu yang menyatakan klip berkenaan bercanggah dengan terma yang ditetapkan.

Raid menulis semula kepada You Tube dan bertanya mengapa filemnya dibatalkan sedang Fitna dibenarkan untuk terus dilayari. Beliau memuat naik filem itu sekali lagi dan menambah mesej kepada pentadbir laman meminta mereka menyaksikan Wilders sebelum membatalkan ‘Schism’.

Video beliau sudah disaksikan lebih 1,800 kali dan kembali semula ke YouTube sejak 2 Mac. Ia juga boleh disaksikan melalui Google.

Raid menegaskan matlamat beliau bukan untuk menyemarakkan kebencian sebaliknya untuk memberitahu dunia bahawa seseorang itu tidak boleh mengadili sesuatu agama atau ideologi dengan tafsiran yang menyalahi hakikat dan perkara sebenar. – Agensi

Thursday, February 28, 2008

Tuesday, January 29, 2008

Rakyat Plestin Masuk Mesir





Hamas terus tekan Mesir -
*Pejuang guna jentolak buka laluan kenderaan
*Tidak hirau amaran Kaherah

RAFAH , Palestin 26 Jan. – Penduduk Palestin dari Genting Gaza hari ini buat kali pertama memasuki Mesir dengan menaiki kenderaan selepas pejuang Hamas menggunakan jentolak untuk membuka laluan kenderaan di sempadan yang dibolosi sejak lima hari lalu.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, berpuluh-puluh anggota polis pencegah rusuhan Mesir membentuk rantaian manusia untuk menyekat dua laluan yang digunakan oleh kenderaan di sempadan tersebut.

Beberapa kenderaan berperisai Mesir mengambil kedudukan untuk membantu anggota polis berkenaan. Sebelum itu pengawal sempadan Mesir hanya memerhatikan kereta bernombor pendaftaran Gaza dan Mesir lalu di hadapan mereka. Pasukan pencegah rusuhan Mesir semalam menggunakan meriam air dan anjing untuk cuba menutup semula sempadan tetapi menghadapi tentangan pejuang Hamas.

Pejuang di Gaza menggunakan jentolak untuk menumbangkan lebih banyak tembok sempadan termasuk kepingan konkrit sambil diperhatikan oleh pasukan keselamatan Hamas. Tindakan mereka memaksa pasukan keselamatan Mesir berundur.

Penduduk Gaza hari ini menggunakan laluan lebih lebar itu untuk memandu kenderaan memasuki Mesir secara beramai-ramai, menjadikan lebih mudah untuk mereka membawa balik bekalan keperluan. Pada hari-hari pertama selepas tembok sempadan dipecahkan, kebanyakan penduduk menyeberanginya dengan berjalan kaki.

Lalu lintas bergerak mengikut kedua-dua hala. Banyak kereta Mesir kelihatan di Gaza, termasuk sebuah trak membawa bekalan keju, coklat dan bahan pencuci untuk sebuah pasar raya di Bandar Gaza. Sesetengah penduduk Gaza memandu kereta ke bandar peranginan Mesir, El Arish yang terletak kira-kira 35 kilometer dari sempadan.

Pembolosan sempadan itu diatur oleh pergerakan Hamas yang mentadbir Genting Gaza dalam usaha untuk menekan Mesir supaya merundingkan peraturan baru berhubung pembukaan sempadan itu.

Israel dan Mesir telah menutup pintu sempadan mereka dengan Gaza dalam tempoh dua tahun lalu, terutamanya sejak Hamas mengambil alih wilayah tersebut secara kekerasan pada Jun lepas.

Sumber :TunasTv

Sunday, January 27, 2008