Kewarasan berfikir sangat perlu bagi insan yang dikurniakan akal oleh Allah. Dengan ini dapat membezakan manusia yang waras dengan manusia yang gila dan berbeza sama sekali dengan binatang yang hanya mempunyai nasfu semata-mata.
Didalam artikel yang lepas pada tajuk Sempena Hari Guru, saya telah menulis tentang sikap Rasulullah s.a.w didalam kewarasan berfikir dan bertindak.
Rasulullah s.a.w telah menunjukan sikap yang terbaik supaya umatNya mencontohiNya didalam setiap tindakan apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia.
Tiga anggota penting dalam diri iaitu hati, akal dan nafsu yang masing-masing punya peranan. Semuanya mesti mengikut landasan syariat supaya tidak tersesat jalan. Jika salah satu anggota ini tersalah landasan, maka semuanya akan terbabas. Apabila kita bercakap atau menegur orang lain dengan rasa tidak puas hati, maka ianya tidak memberi apa-apa makna, melainkan hanyalah untuk melepaskan geram, sudah tentu datangnya dari nafsu yang jahat.
Sesorang yang berjaya mengawal semua anggotanya, dia akan berhati-hati apabila bercakap dan berfikir sebelum bertindak. Kalau kita bertindak mengikut nafsu semata-mata, secara tidak lansung orang lain dapat membaca tentang diri kita yang bermasalah.
Oleh itu berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita. Walaupun kita rasa kita betul, tetapi bertindak dengan cara yang salah, Akhirnya kebenaran menjadi kesalahan. Disini saya mahu utarakan dan mohon pada semua boleh komen tentang teguran seseorang yang saya sendiri pun pada mulanya tidak kenal.
Akhirnya setelah membaca berulang kali dan berfikir saya sudah kenal pasti siapakah MUJAHID LUMUT yang tidak tidak puas hati ini.
Ini antara kalamnya :
1. mujahid lumut: akum sehatker betul punya semangat yer org lumut kita ni, kalau anta balik tak jumpa ana siap...jgn cakap byk buat kerja terus org tak pertikai .
Komen saya:
Beliau mahu memberi teguran, tetapi teguran ini adalah teguran yang menjatuhkan, bukan teguran yang membina. Bila saya banyak menulis dia telah mempertikaikan semangat saya untuk terus menulis. Apa salah saya menulis? inikan blog saya? kalau betul pun salah adakah teguran sebegini yang terbaik?
Soal cakap dan kerja satu benda yang lain. Cakap perlu dan kerja pun perlu. adakah kalau saya buat kerja dengan baik sekalipun orang tak akan pertikai?
Dia mengatakan "kalau kalau anta balik tak jumpa ana siap". Adakah anda boleh menentukan masa depan anda sendiri?. Kita hanya merancang dan berdoa, tetapi kita tak tetapkan samaada terus thabat ataupun tidak. Kita hanya berserah pada Allah. Bekerja untuk Islam bukan hanya di Malaysia. Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung.
2. mujahid lumut: ni mesyuarat jewr byk buat kerja malap ..bukan apa ni muhasabah .. ingat syadid bukan pada semua tempat ada batasnya ..jgn org tolak islam kerana kita
Komen saya :
Adakah kerana mesyuarat banyak, kerja kita malap? adakah tidak perlu mesyuarat? Muhasabah? adakah ini dinamakan muhasabah? saya sendiri tidak kenal siapa orang ini? hantu? hantu pun dah pandai bagi muhasabah?. Kalau saya syadid apa buktinya? tidak ada seorang pun yang berkata pada saya melainkan orang ini. Islam tidak akan pupus kerana peribadi seseorang. Berapa ramai orang yang kita jumpa, seseorang itu tolak Islam kerana individu?
3. mujahid lumut : anta tu piumpinan org tgk dan dgr kalam anta ta[i kalau org dah tak caya payah lah ..kuat kan ukhuwah ni antara pimpinan pon masalah fikirkan lah yer
Komen saya :
Selama mana saya jadi pimpinan, tidak adalah teguran sebegini rupa. Cuba bagi tahu terus terang siapakah yang tidak mempercayai saya? tolong tunjukan dimana salahnya? takan kerana seorang yang tak percaya seolah-olah melambangkan mojoriti semua tak percaya? kalau betul pun ukhuwwah sesama pimpinan tak berapa baik, kenapa disini medan untuk melepaskan geram?
saya ada email, ada nombor telefon, ada rumah. kalau tidak boleh datang pun, sila bagi tahu dimana, saya sedia untuk pergi bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
Akhirnya saya berpesan sungguh-sungguh pada MUJAHID LUMUT ini untuk tampil jelaskan pada semua sepertimana MUJAHID LUMUT berani tulis di shoutbox ini dan berani bertanggungjawab diatas apa yang ditulis.
Saya sedia maafkan sekiranya perkara ini dijelaskan kembali dishoutbox blog ini.
Ambillah pengajaran apa yang belaku. Semoga kita tidak bertindak dengan nafsu semata-mata dan membelakangkan ilmu yang kita pelajari. Kalam hati lebih bermakna dari kalam nafsu.
No comments:
Post a Comment