Wednesday, May 30, 2007

Pesanan Terakhir As-syahid Syed Qutb



SAUDARA!
SEANDAINYA KAU TANGISI KEMATIANKU,
DAN KAU SIRAM PUSARAKU DENGAN AIRMATAMU
MAKA DI ATAS TULANG-TULANGKU
YANG HANCUR LULUH,
NYALAKANLAH OBOR BUAT UMMAT INI DAN........
TERUSKAN PERJALANAN KE GERBANG JAYA


SAUDARA!
KEMATIANKU ADALAH SUATU PERJALANAN
MENDAPATKAN KEKASIH YANG SEDANG MERINDU
TAMAN-TAMAN DI SYURGA
TUHANKU
BANGGA MENERIMAKU
BURUNG-BURUNGNYA BERKICAU RIANG MENYAMBUTKU
BAHAGIALAH HIDUPKU DI ALAM ABADI

SAUDARA!
PUAKA KEGELAPAN PASTI AKAN HANCUR
DAN ALAM INI AKAN DISINARI FAJAR LAGI
BIARLAH ROHKU TERBANG MENDAPATKAN RINDUNYA

JANGANLAH GENTAR BERKELANA DI ALAM ABADI
NUN DI SANA FAJAR SEDANG MEMANCAR........

(Di tulis beberapa ketika sebelum menemui syahid)

Wednesday, May 23, 2007

Blogger = Positif vs Negatif?


Blogger Antara positif & negatif.


Positif
- Dapat sebarkan dakwah.
- Kemahiran internet bertambah.
- Berkongsi pengalaman.
- Kenalan & Ukhuwwah Islamiah bertambah.
- Tidak sibuk dengan perkara maksiat.

Negatif
- Banyak buang masa depan Komputer.
- Lalai hubungan dengan :-

- ALLAH

- Manusia

- Budaya syok sendiri.
- Ingin popular.
- Kejar ranking.
- Rasa puas hati bila blog cantik & ramai pengunjung.

- Budaya malas membaca dan mengkaji.
- copy paste.
- Tidak mementingkan kualiti atau isi blog.


Ulasan :

Tujuan saya menulis tajuk ini bukanlah mahu menghujum atau mencari kesalahan mana-mana pihak. Sebenarnya banyak lagi perkara positif dan negatif pada blogger yang tidak perlu saya penuhkan disini. Oleh itu, saya ingin respon dari sahabat-sahabat sama-sama kita muhasabah dan perbetulkan segala niat dan segala kerja buat kita, supaya kita benar-benar berjuang untuk agama ALLAH, bukan hanya untuk kepentingan tertentu.

Antara blogger yang saya kagumi seperti Us. Nasrudin Tantawi yang menulis dengan baik dan istiqomah, walaupun beliau sibuk dengan berbagai- bagai tugas lain, namun beliau tetap kekal menulis. Sikap inilah yang perlu disemai didalam semua hati para blogger. Bukan hanya mampu menulis tetapi mampu melaksanakan di medan dakwah sebenar. Ramai lagi blogger yang hebat-hebat yang saya tidak sebutkan disini.

Perkara matlamat tidak menghalalkan cara tidak perlu ada pada blogger kerana tujuan membina blog dengan niat yang baik tetapi sikap mengurangkan hubungan dengan ALLAH dan manusia lain perlu diatasi, sebagai contoh solat jamaah dan ziarah sahabat-sahabat diabaikan, yang ada ziarah hanya dari blog ke blog lain, semua ini kerana sibuk memposting, edit dan sebagainya. Ini belum lagi ditambah dengan benda-benda lain seperti friendster, chating dan sebagainya. Apa yang saya katakan matlamat tidak menghalalkan cara kerana masing-masing punya alasan berdakwah dengan niat yang baik tetapi kewajipan lain diabaikan.


Adakah anda setuju?

Blogger mesti:-
- Sentiasa mengikhlaskan niat.
- Memelihara hubungan dengan ALLAH dan manusia lain.
- Sentiasa muhasabah diri.
- Sentiasa ingat-mengingati antara semua sahabat-sahabat blogger.

Akhirnya saya memohon maaf atas tulisan yang berbentuk muhasabah seperti ini. Semoga kita semua sentiasa mendapat perhatian dan tunjuk ajar dari ALLAH atas setiap tingkah laku kita dan kita sentiasa mendapat taufiq dan rahmatNya.

Thursday, May 17, 2007

Sempena Hari Guru

Selamat Hari Guru

Bila bercakap tentang Hari Guru, cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah s.a.w menerima wahyu daripada ALLAH yang disampaikan oleh malaikat jibril. Jibril a.s adalah guru kepada Rasulullah s.a.w. Dalam sebuah hadis ada diceritakan sahabat-sahabat baginda pernah melihat Jibril datang menyampaikan wahyu kepada baginda. Ketika itu Jibril datang dalam keadaan menyerupai seorang tua.
Selepas beredarnya Jibril, barulah baginda memberitahu orang tua yang datang itu adalah Jibril. Rasulullah s.a.w telah menunjukan sikap baginda pada sahabat-sahabatnya ketika itu bagaimana sopan dan tertibnya baginda menerima wahyu daripada Jibril a.s.

Rasulullah adalah guru yang terbaik, tidak ada yang boleh menandingi sikap sabar, lemah lembut, tabah dan segalanya ketika baginda berhadapan dengan berbagai-bagai makhluk di atas muka bumi ini. Rasulullah s.a.w menyampaikan amanah ALLAH dengan penuh jujur, walau dicaci, dilempar dengan tahi, dicop sebagai orang gila dan sebagainya, Rasulullah s.a.w tetap tidak berganjak atas usaha untuk melihat umatnya mentaati perintah ALLAH.

Hikmah ALLAH menentukan setiap nabi-nabinya memelihara kambing kerana sifat degil kambing ada pada manusia dan menjadikan nabi-nabinya sabar, kuat, tabah, cekal sebelum menghadapi manusia yang punya nafsu, akal dan bermacam-macam ragam perangai manusia.

Guru Mesti ada sikap mengajar (mu'allim) dan mendidik (murabbi).

Satu contoh yang cukup baik telah Rasulullah s.a.w tunjukkan berkenaan dengan seorang arab badawi yang kencing didalam masjid.
Kalau kita macam mana?, sahabat-sahabat baginda pun naik marah pada ketika itu.
Tapi Rasulullah dengan coolnya membiarkan arab badawi itu kencing sampai habis.

Ulama telah membahaskan tentang hadis ini dengan menyebut tiga hikmah Rasulullah telah tunjukkan pada kejadian itu:-

1. Rasulullah membiarkan arab badawi itu kencing sampai habis kerana kalau ditegur arab badawi itu, tentu dia terkejut dan akan terus lari, tentu saja air kencingnya akan terkena diseluruh masjid itu. Jadi baginda biarkan dia kencing setempat dan najis itu tidak kena pada seluruh masjid.

2. Kalau ditegur akan menyebabkan arab badawi itu terkejut dan akan terhenti dari terus kencing, Jadi akan menyebabkan kerosakan pada pundi kencing.

3. Rasulullah mahu menunjukan pada semua sahabat ketika itu cara membasuh air kencing(najis) itu tadi.

Jadi disini jelas sikap Rasulullah s.a.w antaranya :-

1. Sabar dengan kerenah manusia dan baginda berjaya mententeramkan keadaan ketika itu.

2. Rasulullah s.a.w mendidik sahabat supaya sabar dan jangan terlalu gopoh didalam apa-apa tindakan.

3. Kemudian Rasulullah mengajar ilmu fekah pada semua sahabat pada ketika itu.

Satu lagi tentang hadis Rasulullah s.a.w untuk guru-guru dan bakal guru boleh amalkan.

Maksud hadis :

Apabila matinya anak adam akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :-

1. Sedekah jariah.
2. Ilmu yang manfaat.
3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

Hikmahnya ketiga-tiga perkara ini ada pada seorang guru.

1. Sedekah bukan sahaja hanya pada wang semata-mata, tetapi seorang guru setiap hari menyalurkan sedekah ilmunya, masanya, wang ringgitnya, pengorbanannya dan sebagainya.
2. Guru-guru yang menyampaikan ilmunya, anak-anak muridnya akan bertambah dan akan terus menyampaikan ilmu yang diajarnya, walaupun dia telah meninggal ilmunya tetap kekal.
3. Guru-guru sentiasa mendapat doa daripada anak-anak muridnya dan seluruh insan yang sayang padanya.

Lihatlah begitu besar pahala seorong guru yang ikhlas, pahalanya sentiasa mengalir dan menjadi bekal dialam barzah serta menjadi hujah pendiding menyelamatkannya dari api neraka.

Hari ini, hari keramaian bagi semua guru, bergembiralah dan bersyukurlah kerana ALLAH telah mengangkat martabat seorang guru yang benar-benar ikhlas menyampai ilmu ALLAH dan penyambung tugas para nabi.

Sebelum saya ke mesir ada sedikit pengalaman menjadi seorang guru kecil-kecilan, bila hari guru memang seronok dapat hadiah dari anak-anak murid, selalunya anak-anak murid perempuan yang bagi hadiah, anak murid lelaki biasalah, tak jiwang.:)

Mengajar di sekolah rendah lebih banyak cabaran dari mengajar di sekolah menengah atau mengajar pakcik- makcik di masjid. Kerenah anak-anak murid sekolah rendah membuatkan guru sentiasa pening kepala. Tidak ada waktu sunyi dalam kelas melainkan waktu rehat dan waktu cuti. Setiap masa kelas riuh rendah walaupun guru sedang mengajar. Oleh itu guru-guru jangan jemu mendidik anak-anak muridmu kerana usahamu bukanlah sia-sia.

Bagi mereka yang belum bergelar guru, itu bukan persoalan, yang penting didiklah diri sebelum mendidik orang lain kearah ketaqwaan kepada ALLAH. Peganglah prinsip boleh ditarbiah dan mampu mentarbiah orang lain.

Tema Hari Guru setiap tahun sejak 1972


2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Monday, May 14, 2007

Sempena Hari Ibu


Yang pergi tak akan kembali.

Kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan selamat hari ibu buat ibu-ibu diseluruh dunia. Permulaannya aku berat untuk menulis artikal ini, kerana mengingati peristiwa lalu pasti air mata ini akan mengalir. Langkah demi langkah aku beranikan diri untuk menulis, tetapi apakan daya, jiwaku lemah, tika menulis, tidak sedar air mataku mula jatuh sedikit demi sedikit.
walaupun ibuku telah pergi sejak lapan tahun yang lalu, memori kenangan bersama ibu tercinta masih lagi sukar untuk dilupakan. Tahun 1999, 13 ogos hari jumaat adalah hari yang paling sedih dalam hidupku, 19 tahun bersama ibu tercinta, satu hari saat pemergian ibu tercinta membuatkan aku rasa tersangat pilu, sedih, hiba dan berbagai-bagai perasaan yang hadir ketika itu. Seribu satu macam yang datang bagaikan hilang segala-galanya. Walau apa pun aku tetap redho dengan ketentuan ALLAH yang maha esa.

Detik- detik permergian

Bilaku mengenang kembali detik-detik pemergian ibuku bagaikan semalam ibuku baru pergi meninggalkan dunia ini. Sebelum ibuku menghembuskan nafas terakhir di Hospital Seri Manjung Lumut, Perak, ibuku bertahun-tahun menanggung keperitan sakit jantung. Saban hari aku melihat ibu makan ubat yang banyak, bagaikan makan nasi sepinggan.
Betullah kata pepatah ajal maut ALLAH yang tahu. Inilah rahsia ALLAH yang semua makluknya tidak mengetahui bilakah dirinya akan diambil nyawa oleh ALLAH.

Seminggu sebelum ibuku meninggal dunia, beliau berkata kepada ku yang dia rindu sangat pada anak-anaknya. "mak rindu sangat pada anak-anak mak, baliklah kerumah tiap-tiap minggu, mak seronok sangat bila kita dapat kumpul anak beranak". Kebetulan ketika itu aku dan adikku tinggal di asrama salah sebuah sekolah di Perak, cuma asramaku yang tak berapa jauh dari rumah. Aku setiap minggu pulang kekampung. Kakak Sulung di KL, abang pertama di Manjung yang masing-masing dah berkeluarga ketika itu, cuma yang selalu bersama ibuku dirumah pada ketika itu abangku yang kedua, kebetulan beliau bercuti dari salah satu Universiti di Timur Tengah dan seorang adik perempuanku yang juga telah meninggal pada tahun 2001.

Ibuku selalu berdoa dan berkata kepada anak-anaknya : "mak harap waktu mak meninggal nanti biarlah anak-anak mak semuanya ada ". Doanya dimakbul ALLAH, abangku yang belajar puluhan ribu batu ditakdirkan ALLAH bercuti pada ketika itu.
Sebelum ibuku dimasukkan kedalam Wad ICU Hospital Manjung, tidak ada nampak sakit yang teruk dialami, hanyalah rutin harian makan ubat yang banyak diberi oleh doktor. Pada malam khamis ibuku mengadu sakit, kakinya bengkak disebabkan darah tidak berjalan dengan lancar. Pada malam itulah ayahku membawa ibuku kehospital bersama abangku, setelah ibuku dimasukan kedalam hospital, sakit jantung yang dialaminya makin kronik, doktor menyatakan jantung ibuku tersumbat, itulah yang menyebabkan kakinya bengkak kerana darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Kesakitan yang dialaminya menyebabkan beliau koma, pihak Hospital Manjung terpaksa membawa ibuku ke Hospital Ipoh kerana pada ketika itu Hospital Manjung tidak punya ramai tenaga pakar.

Setelah dibawa ke Hospital Ipoh pada malam itu, pihak Hospital Ipoh mengesahkan ibuku tidak dapat diselamatkan, pihak hospital terpaksa membawa ibuku kembali semula ke Hospital Manjung pada tengah malam tu juga.
Segala yang terjadi pada ibuku diceritakan apabila aku tiba di hospital pada pagi jumaat. Aku terasa terkilan dan sedih sangat kerana berita ibuku sakit diberitahu oleh kakak iparku pada pagi jumaat, katanya tidak mahu ganggu belajar. Setelah aku ke hospital, aku melihat ibuku di wad ICU dah koma, tidak sedarkan diri, aku bagaikan terpinga-pinga dan air mata mengalir tanpa disedari, kerana kebiasaan setiap pagi jumaat aku sudah berada dirumah menolong ibu dikampung. Aku setiap minggu pulang kekampung kerana asramaku dengan rumah tidak berapa jauh yang mengambil masa satu jam setengah dengan menaiki bas-bot-bas dan sampailah dikampung. Kebetulan ibuku jatuh sakit malam khamis, jadi seminggu aku tidak berbicara bersama ibu. Itulah yang menyebabkan aku bertambah sedih dan pilu.

Aku dikhabarkan yang ibuku telah dihantar ke Hospital Ipoh dan kembali semula ke Hospital Manjung kerana pihak hospital tidak mampu lagi mengubati penyakit ibuku. Pada pagi itu kami sekeluarga Hanya mampu berdoa supaya ALLAH selamatkan ibu kami yang tercinta. Aku bersama seluruh ahli keluarga terus membaca al-quran dan berdoa diruang legar hospital, cuma ayahku sahaja dibenarkan duduk ditepi katil ibuku. Sehinggalah waktu solat jumaat makin hampir, ibuku masih tidak sedarkan diri. Kami adik beradik pergi solat jumaat di masjid, tinggal ayahku sahaja terus menunggu ibuku yang sedang nazak.
Setelah selesai menunaikan solat jumaat kami telah mendapat panggilan telefon yang ibuku telah pergi buat selamanya. Apabila aku mendengar kakak iparku memberitahu berita itu, bagai luruh jantungku, lidah kelu tanpa berkata-kata. Itulah detik yang sangat pilu bagiku.

Ayah dan abangku mengiringi jenazah ibuku pulang kekampung dengan ambulans yang disediakan oleh pihak hospital, aku pulang dengan membawa van ayah bersama adikku, hilang arah, hilang tumpuan memandu ketika itu kerana wajah ibuku yang aku nampak, hati kecilku berkata-kata, kalaulah ALLAH memberi pilihan untuk tentukan kematian, aku akan memilih biar aku mati dahulu sebelum ibuku, kerana aku tidak sanggup menanggung keperitan kehilangan ibu tercinta. Kehilangan seorang ibu bagaikan layang-layang putus tali, tiada arah dan rasa tak mampu lagi untuk teruskan kehidupan ini. Air mataku terus mengalir, mencurah-curah sehingga membasahi baju. Sudahlah perjalanan menuju rumah ku mengambil masa yang panjang, lebih kurang 40km perjalanan kerumah aku pada ketika itu, kerana perjalanan dari rumah ke Hospital Manjung melalui jalan yang jauh kerana jambatan masih belum dibina lagi. Setelah jambatan dibina, jarak sekarang dari rumah ke Hospital Manjung Hanya 15km.

Orang ramai penuh sesak dirumahku, pada malam itu aku bersama ahli keluarga bergilir-gilir terus membacakan ayat suci Al-quran untuk ibuku, pagi itu kami semua adik beradik memandikan jenazah ibu, sekali lagi air mataku mencurah-curah, tidak tahan mengenangkan segalanya. Ketika kecil ibu memandikan kami, tiba saat ini anak-anaknya memandikannya dalam keadaan beliau tak sedar.
Aku teruskan sehingga selesai, kemudian kami mengkafankan, hinggalah ciuman terakhir kewajah ibu tercinta dan seterusnya menutup sepenuhnya dengan penuh rasa hiba. Langkah ini berat untuk melakukan apa-apa ketika itu kerana ku lihat disekelilingku wajah kakak, abang-abang, adik-adikku dan saudara mara terus mengalirkan air mata. Setelah selesai jenazah ibuku dikafankan, kemudian terus dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan terus dikebumikan pada pagi sabtu 14 ogos 1999.

Semoga ALLAH merahmati ibuku, anakandamu ini sentiasa doakan kebahahagianmu disana. Semoga ALLAH kumpulkan kita sekeluarga kembali ditaman yang indah bersama-sama orang yang soleh-solehah...ameennn.

AL-FATIHAH Buat SALASIAH BT NORDIN.
* gambar terakhir Ibuku di KLIA 1998.
ibu& adiku telah meninggal dunia
(yg tudung putih tak tgok kamera)

Ibuku idolaku...
Walaupun bertahun menahan penderitaan sakit jantung, ibuku tidak ada masa rehat yang panjang, setiap hari aku perhatikan beliau begitu tabah membantu ayahku untuk membesarkan anak-anak. Banyak masa dihabiskan untuk tugas-tugas harian dirumah dan membantu ayah menguruskan kedai runcit ketika itu. Tidak ada masa untuk berjalan-jalan dan bersiar-siar.
Alhamdulillah berkat kesabaran, ketabahan dan pengorbanan yang dicurahkan, hari ini anak-anaknya berjaya menjejakkan kaki kemenara gading yang dulu beliau hanya sempat melihat seorang sahaja anaknya ke Universiti.
Alangkah gembiranya seorang ibu apabila melihat anak-anaknya berjaya. Hilang rasa penat mendidik, mengasuh dari kecil, sejuk perut ibu yang mengandung anak soleh-solehah.

Pesanan kepada yang masih punya ibu.

1. Hargailah jasa ibu, walau banyak mana jasa, penat lelah, wang ringgit nescaya tidak juga terbalas pengorbanan seorang ibu.
2. Jangan sakiti hati ibu, dengarlah nasihatnya, janganlah membantah cakapnya walaupun dia tidak sependapat dengan kita. Jika ibu silap dalam tindakannya tegurlah secara hikmah jangan sampai dia terasa.
3. Jangan lupa berdoa untuknya setiap kali selepas solat.
4. Untuk yang berjauhan selalulah hubunginya, seorang ibu setiap saat sentiasa merindui anak-anaknya.
5. Hadiahkan kejayaan buat ibu tercinta.

Thursday, May 10, 2007

Adakah Ini DAJJAL???

















Sejauh mana kebenarannya?

cuba kita baca dan kaji dimana rasionalnya.



Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan.



Rasulullah s.a.w bersabda : Dajjal akan keluar dari bumi ini dibahagian Timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).


Abû Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, mencipta patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah tentu bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..."(HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berbadan pendek, gempal, berambut kerinting, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berbadan pendek dan berambut krinting.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami buta di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal diikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga ramai orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul sebagai seorang nabi, Sai Baba mengaku dirinya nabi kepada pengikunya.

8) Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengaku bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis bayannya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga boleh menyembuhkan penyakit kanser.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal boleh mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu mencipta patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk berlafaz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba boleh menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal boleh berpindah jasad dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba boleh berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk dirinya.

16) Dajjal boleh membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk kemana saja dan boleh makan seperti manusia lain. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga boleh berjalan ke pasar, rumah sakit dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba boleh mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan ideologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba menyatakan bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.

wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

Rasulullah s.a.w telah berwasiat dalam hadisnya agar kita meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada fitnah dajjal diakhir tahiyyat setiap kali menunaikan solat.

Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari seksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

Empat perkara yang perlu kita memohon perlindungan kepada ALLAH diatas saranan Rasulullah s.a.w tadi :
1. Mohon minta jauh dari seksa Api Neraka.
2. Mohon perlindungan daripada azab kubur
3. Mohon perlindungan dari ujian hidup
4. Mohon perlindungan dari fitnah Dajjal

Perhatian :
1. Untuk mengetahui Dajjal Moden sila ke web : http://www.abuanasmadani.com/
2. Maklumat mengenai Sai Baba sila rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Sathya_Sai_Baba
http://www.sathyasai.org/
http://barrypittard.wordpress.com/2007/02/27/48/

Wednesday, May 9, 2007

Kiamat Semakin Hampir!!!















Suka saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekelian, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri untuk terus menjadi hamba ALLAH yang benar-beriman dengan berbagai-bagai bekalan. Perbanyakan amalan soleh. Bantulah perjuangan Islam dimana saja anda berada. Jangan pentingkan diri sendiri. Tunaikanlah amal ma'ruf & nahi mungkar pada diri dan seluruh masyarakat kita. Kita hendaklah bijak menguasai suasana bukan suasan yang menguasai kita.
Telah terlalu banyak bukti yang ALLAH tunjukan akhir-akhir ini, orang semakin berani mempertikaikan hukum ALLAH, tidak menghiraukan kata-kata ulama dan kita boleh lihat didalam youtube dengan anak derhaka, sejadah solat, binatang ucap kalimah Allah, di Mesir dekat pehentian Asyir Ramadan terdapat pokok tertulis kalimah طه,محمد,الله.
Saya
sempat melihat pokok ini, setiap masa orang ramai yang lalu dikawasan ini tidak ketinggalan melihatnya. Terlalu banyak bukti yang tak perlu diperkatakan lagi. Oleh itu marilah kita membina dan membentuk kesedaran diri yang tinggi demi masa depan Islam.

Berikut beberapa tanda-tanda dekatnya kiamat yang perlu kita fikirkan bersama :-

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, hand phone, gambar, internet, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Sunday, May 6, 2007

HADHARAH ISLAMIAH VS ISLAM HADHARI

Oleh:
Ustaz Hj Abdul Ghani Shamsuddin
(Presiden, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)



Allah berfirman dalam Surah Taha ayat 120-121


فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىفَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَى

Maksudnya:
[120] Maka Syaitan pun membisikkan (hasutan) kepadanya, seraya berkata: Wahai Adam, mahukah engkau, aku tunjukkan kepadamu pohon yang (jika engkau makan buahnya) engkau akan hidup selama-lamanya, (lebih jauh dari itu engkau akan beroleh) kuasa yang tidak kunjung hilang atau lenyap?
[121] Akhirnya mereka berdua pun memakan dari pohon itu, lalu terserlah (terdedah) kepada mereka aurat masing-masing . Mereka segera menutupinya dengan daun-daun dari Syurga .Maka dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu ia terpedaya (menyasar dari jalan yang sebenarnya).
Dalam Surah al-An’am ayat 109-113 Allah berfirman:


وَأَقْسَمُواْ بِاللّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِن جَاءتْهُمْ آيَةٌ لَّيُؤْمِنُنَّ بِهَا قُلْ إِنَّمَا الآيَاتُ عِندَ اللّهِ وَمَا يُشْعِرُكُمْ أَنَّهَا إِذَا جَاءتْ لاَ يُؤْمِنُونَ
وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُواْ بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلآئِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلاً مَّا كَانُواْ لِيُؤْمِنُواْ إِلاَّ أَن يَشَاء اللّهُ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاء رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
وَلِتَصْغَى إِلَيْهِ أَفْئِدَةُ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ وَلِيَرْضَوْهُ وَلِيَقْتَرِفُواْ مَا هُم مُّقْتَرِفُونَ

Bermaksud:
[109] Mereka sungguh-sungguh bersumpah dengan nama Allah, bahawa seandainya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), mereka pasti akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya dan kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman.
[110] Lalu Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam kesesatan mereka dengan penuh kebingungan.
[111] Seandainya Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar).
[112] Demikianlah Kami jadikan bagi setiap orang Nabi itu musuh dari kalangan syaitan, manusia dan jin. Segolongan mereka (syaitan) membisikkan kepada segolongan yang lain kata-kata dusta yang indah dan muluk-muluk untuk memperdaya pendengarnya . Jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
[113] Biarkan sahaja agar hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu dan supaya disetujui oleh mereka dan juga supaya mereka (terus) melakukan (dosa) apa yang mereka lakukan itu.

Pendahuluan

UMNO adalah parti yang dibina atas dasar fahaman ke-Melayu-an. Fahaman yang berteraskan kepada konsep bangsa. Parti ini bertolak dari nuansa kebangsaan dalam pengertiannya yang masih samar dan bersifat umum. Meskipun ia menegaskan bangsa Melayu itu terdiri dari elemen bangsa, bahasa, agama, watan dan sejarah. Tetapi titik berat dalam hal ini ialah bangsa; ini adalah kerana bahasa, agama dan lain lain bukan asas yang boleh diketengahkan untuk mencorakkan faham dan nama parti itu. Bahkan UMNO tidak akan menjadi parti agama atau membenarkan agama menjadi alat atau nama parti. Sebab pada pandangan mereka sebelum ini agama Islam tidak boleh di bawa dalam lapangan politik atau sebaliknya. Ini sejajar dengan sejarah pembentukannya yang diperjuangkan oleh golongan yang berfaham kemelayuan dan liberal .

Walaupun pada peringkat awal terdapat golongan ilmuan agama atau alim ulama yang menyertainya namun dalam beberapa tahun dalam perkembangan umur parti itu sejarah merakamkan bagaimana sekumpulan ulama yang menyertainya tidak lagi yakin bahawa UMNO akan mengikut dan menobatkan dasar-dasar Islam yang sebenarnya. Oleh itu mereka akhirnya keluar beramai-ramai daripada UMNO dan membentuk Parti Islam Se Melaya atau
Se Malaysia kemudiannya.

Parti Melayu ini melandaskan tindakannya atas fahaman pragmatis atau kepentingan semasa tanpa merujuk secara literal dan khusus kepada asas dan nas agama. Mereka merujuk kepada kefahaman dan pertimbangan akal yang begitu longgar terikat dengan nilai syara’. Sebab itu pemimpin mereka pada suatu ketika menghalalkan loteri kebajikan masyarakat dan sanggup memikul dosa para pelanggan loteri itu. Pimpinan utama dalam parti ini adalah mereka yang tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama serta komitmen keagamaan yang mantap.

Atas dasar faham kebangsaan, patriotisme, materialisme dan pragmatisme mereka mendidik kader kader parti; baik peringkat orang dewasa mahupun golongan pemuda, remaja; putera dan puteri. Mereka menekankan unsur nasionalisme dan fahaman kebangsaan sempit dan menangkis hujah parti lawan mereka khasnya parti Islam dengan alasan ‘simple’ dan mudah dengan tidak menggunakan analisa ilmiah yang mendalam justeru mereka memang tidak memahami agama secara mendalam dan teguh. Sebab itu dalam memaparkan parti Islam di Malaysia sebagai lawan mereka di peringkat antara bangsa mereka dengan mudah dan bersahaja mengatakan bahawa parti Islam di Malaysia ialah parti konservatif, pelampau, memonopoli agama. Parti ini menurut presiden mereka berkempen dengan dakwaan bahawa siapa mengundi PAS akan masuk syurga.

Kenyataan ‘simplistic’ seperti ini membayangkan ‘mentality simple’ dan kefahaman agama yang tidak mendalam serta sifat tidak beriltizam dengan ajaran agama yang sebenarnya.
Kerana tindakan tindakan yang tidak beriltizam dengan agama dan tidak setuju dengan dasar politik yang berteraskan agama Islam maka gejala munkar dan maksiat merebak dalam UMNO. Dalam masa yang sama usaha mendangkalkan agama dilakukan secara berencana sehingga rakyat dan umat walaupun sudah berpuluh tahun merdeka tapi masih ramai yang buta agama. Sebagai contoh tenaga penguatkuasa halal haram di JAKIM hanya sekitar 6 orang untuk menyelesaikan masalah halal haram makanan umat Islam di seluruh Malaysia. Akibatnya makanan umat tidak terjaga dari sudut ini dan mereka terdedah kepada kemungkinan memakan bahan yang haram seperti usus babi dan sebagainya. Apabila kes-kes seperti ini dibongkar mereka akan mula menyalahkan orang lain , pihak pegawai dan sebagainya. Mereka lupa bahawa sebab utamanya ialah sikap sambil lewa dan tidak prihatin kepada halal haram agama yang menjadi sifat dan watak para pemimpin mereka. Dalam kes aurat sahajapun kita dapat melihat bahawa UMNO tidak mampu dan merasa tidak mampu untuk mewajibkan tata cara berpakaian yang bertamadun seperti yang dianjurkan oleh Islam kepada pegawai awam atau agensi agensi di bawah kelolaan mereka, justeru mereka tidak peka kepada tuntutan dan kewajipan syara’ tersebut. Ini terbayang dalam amalan isteri dan anak-anak mereka.

Dengan latarbelakang seperti di atas mereka tidak jemu-jemu mengajukan berbagai istilah untuk menggambarkan parti mereka adalah parti Islam. Sejak Program Bulan Dakwah yang bernyawa tidak lebih dari sebulan, sampailah kepada penerapan nilai Islam yang berakhir dengan penangkapan DSAI dan kini muncul suatu gagasan baru dari kumpulan nasionalist ini yang dinamakan Islam Hadhari. Bagaimanakah idea ini boleh muncul dan apakah motivasinya. Kita akan dapat memahaminya dengan mengikut beberapa penjelasan dari tokoh besar dan pemikir slogan ini dari kalangan mereka..

Idea dan Slogan Islam Hadhari

Dalam menghadapi parti Islam PAS sebagai parti lawannya UMNO sedar bahawa Islam adalah agama yang benar dan menyeluruh. Islam mempunyai pengaruh yang besar kepada bangsa Melayu dan umat Islam khasnya di Malaysia. Oleh itu mereka perlu memanfaatkan atau eksploit faktor ini dan melemahkan pengaruh parti Islam dengan memburuk-burukkan parti berkenaan dan menunjukkan bahawa parti mereka juga adalah parti Islam progressive dan sederhana. Sebaliknya PAS adalah parti pelampau , memperalatkan agama dan membolot agama serta merasuah rakyat dengan syurga.

Tidak cukup dengan mereka menguasai dan merampas institusi agama , sekolah, madrasah, masjid dan sebagainya untuk memperalat institusi tersebut agar hanya menyokong faham kebangsaan yang mereka taja dan membentuk masyarakat dalam kepompong ajaran Melayu, sebaliknya mereka berusaha menampilkan sesuatu yang seakan-akan Islam agar mendapat sokongan umat Islam. Sebab itu mereka tampilkan slogan Islam Hadhari untuk mencapai matlamat berkenaan.

Menurut Ust. Abdul Hadi Awang :

“Tindakan mereka seterusnya ialah dengan mengemukakan program Islamisasi. Di bawah program ini beberapa ajaran Islam dilaksanakan dengan memilih aspek-aspek ekonomi dan politik yang menguntungkan . Bukannya Islam yang menyeluruh. Perlaksanaan ajaran Islam seperti perbankan Islam , juga menubuhkan institusi-institusi Islam adalah baik; tetap dialu-alukan dan kita memberi sokongan dan dokongan dalam perkara ini , tetapi apa yang kita harapkan ialah asas seluruh ajaran Islam hendaklah juga dilaksanakan. Ini disebabkan tiap-tiap aspek ajaran Islam adalah rangkaian yang tidak boleh diputuskan”

“Yang paling mutakhir dalam usaha meeka menghalang laluan Islam ialah dengan menonjolkan program Islam Hadhari. Islam Hadhari adalah kata saduran yang begitu indah bunyinya , tetapi apa yang tersirat adalah begitu beracun . Hanya segelintir yang menyedari betapa bahayanya slogan ini . Paling merbahaya lagi istilah dan slogan ini telah dilindungi dan dihiasi sama oleh segelintir ulama suu’ (jahat) melalui kenyataan-kenyataan mereka yang dibuat secara sedar atau tidak sedar, tetapi bersedia untuk menjadi alat musuh Islam.”

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai Islam Hadhari ini barangkali wajar kita menelaah ucapan-ucapan Dato’ Abdullah Badawi yang pernah menyentuh perkara ini.

Dalam ucapan beliau di Jamia Millia Islamia, Delhi 22/12/2004
beliau menyatakan( terjemahannya seperti berikut):

“Sejak dua dekad lalu, kita telah melihat kebangkitan segera pergerakan Islamis. Ketika mana banyak daripadanya bersifat bukan politik dan lebih tertumpu kepada aktiviti sosial, banyak juga yang bersifat politik dan menyertai kerangka politik yang sah di negara masing-masing; dan mereka telah menjadi sinonim dengan apa yang dirujuk sebagai Islam politik. Mereka menyertai politik, tetapi matlamat yang mereka impikan adalah amat berbeza daripada sistem politik dan demokrasi berpenyertaan rakyat dalam sebuah masyarakat majmuk. “

Maksudnya beliau meragui matlamat dan semangat golongan Islamis. Beliau tidak yakin kepada perjuangan parti Islam yang dipimpin oleh alim ulama di negaranya. Seterusnya beliau menegaskan:

”Di negara saya, Parti Islam Se-Malaysia, yang lebih dikenali sebagai Pas, sebuah parti pembangkang telah mempolitikkan agama sampai ke tahap mendakwa ia memonopoli Islam. Mereka berusaha mendapatkan undi dengan menyatakan kepada orang kampung bahawa mereka dijamin memasuki syurga sekiranya mengundi Pas.

Dalam ucapan perasmian Persidangan Agong UMNO di PWTC 23/9/04 beliau mengatakan :

“Keputusan pilihanraya memperlihatkan bahawa pendekatan progresif dan amalan sederhana berjaya mengalahkan ideologi konservatif dan amalan ekstremisme. Keputusan pilihanraya meyakinkan kita bahawa dalam menghadapi diayah PAS, kita tidak perlu mengubah falsafah – kita tidak perlu mengubah kaedah perjuangan – kita tidak harus latah. Kita sama sekali tidak harus terperangkap dengan cara perjuangan mereka. Kita tidak perlu terikut-ikut dengan muslihat memperalatkan agama. Yakinlah! cahaya kebenaran, tidak mungkin terlindung selama-lamanya oleh kabus kepalsuan.”

Ertinya beliau menganggap perjuangan di atas landasan Islam adalah suatu kepalsuan manakala perjuangan atas dasar bangsa seperti yang dilakukan oleh UMNO adalah kebenaran.

Beliau juga menegaskan lagi:

Bukannya budaya UMNO untuk bermain dengan agama. UMNO tidak pernah membenarkan agama dijadikan alat. UMNO menentang tegas agama dipolitikkan.

Maksud ucapan itu ialah bahawa: UMNO tidak akan menjadikan agama landasan atau nama partinya kerana itu bermakna memperalatkan agama. Umno tidak akan mengubah falsafah dan teras perjuangannya berlandaskan kebangsaan. Sebab itu asas yang keramat dan tidak boleh ditukarganti walaupun dengan Islam

Setelah mengutip firman Allah tentang amanah dalam surah al Ahzab 72 beliau menyimpulkan :

“Setiap seorang saudara-saudari hari ini memegang amanah – amanah dari ahli parti – amanah bangsa.
“Agenda Melayu adalah asas perjuangan kita. Agenda yang harus diperjuangkan secara berterusan.”
Ucapan perasmian ini jelas menegaskan bahawa dasar UMNO adalah faham Kebangsaan Melayu dan bukan dasar Islam. Islam hanya sebagai elemen pelengkap sampingan.
Dalam rangka untuk mengalahkan PAS bagi beliau Islam Hadhari boleh digunakan sebagai matlamat jarak dekat. Tapi Islam Hadhari mempunyai matlamat jarak jauh seperti yang dilakarkan. Sebagai resepi untuk mengalahkan golongan Islamist pendekatan seperti yang diamalkan di Malaysia ini boleh diikuti oleh orang-orang India. Perhatikan petikan ucapan beliau di India seterusnya:
“sebahagian dalam parti saya berpendapat bahawa kami perlu menjadi lebih Islamis daripada pembangkang, walaupun parti saya secara terbuka berpegang pada Islam inklusif dan progresif. Ini tentunya merupakan satu permainan berbahaya berbentuk sikap mahu melebihi pesaing dengan apa cara sekalipun. Ketika mana pilihan politik di Malaysia adalah kira-kira dipengaruhi oleh isu keagamaan, apa yang lebih penting kepada pengundi ialah isu mengenai urus tadbir yang baik dan pertumbuhan ekonomi yang menyeluruh”.
Seterusnya setelah menyatakan beliau kononnya telah pun melaksanakan reformasi dalam beberapa bidang beliau menegaskan:
“Dengan limpah kurnia Allah, para pengundi memberi sambutan. Tahun ini, parti saya kembali berkuasa dengan mendapat majoriti paling besar sejak negara mencapai kemerdekaan. Kami berupaya memenangi negeri yang kami kalah pada tahun 1999. Kami telah menunjukkan bahawa kami boleh menolak kembali golongan Islamis, bukan dengan menghadapinya dalam persaingan `siapa lebih suci' tetapi dengan menyelesaikan punca akar kemarahan dan kekecewaan. Saya menyatakan kepada anda, bahawa isu yang kami hadapi adalah sama di banyak negara Islam. Sekiranya anda berhadapan dan menyelesaikan isu-isu itu, anda akan mengatasi golongan Islamis ini dalam suatu pertandingan demokratik.”

Maksud beliau golongan sekular dan nasionalist di India boleh menolak golongan Islamist dan mengalahkan mereka bukan dengan dialog keilmuan dan berasaskan agama serta mencari kejernihan sumber agama itu sendiri seperti mana yang dituntut tetapi sekadar menyelesaikan masalah sosio-politik yang menjadi rungutan orang ramai seperti soal ekonomi , pembangunan dan sebagainya. Maknanya beliau tidak bersedia untuk mencari penyelesaian berdasarkan ilmu dan hakikat agama itu sendiri.

Untuk menjustifikasikan kebenaran Islam Hadhari sebagai dasar UMNO berbagai penulisan dan kenyataan telah dibuat ; baik oleh pemimpin utama parti mahupun pemimpin bawahan . Kenyataan itu saling bertentangan antara satu sama lain. Ini kerana pihak yang melakarkan draf awalnya berbeda dan kadangkala tidak sehaluan.

Walaupun memang jelas dasar parti Melayu itu ialah faham kebangsaan yang menolak Islam untuk dijadikan dasar (nama) parti ; seperti yang ditegaskan oleh presidennya; namun yang hendak ditegaskan adalah sebaliknya. Mereka mahu menegaskan bahawa parti itu adalah berteraskan Islam , membela Islam dan mahu merealisasi tamadun Islam.

Dalam konteks ini mereka menggunakan beberapa program seperti bulan Dakwah, penerapan nilai Islam, dan akhirnya Islam Hadhari untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah parti Islam tulen. Dalam rangka menyatakan sejarah kelahiran idea Islam Hadhari ini seorang Ustaz yang menjadi pemimpin Biro Agama pemuda umno menegaskan:

“Sebenarnya idea gagasan Islam Hadhari ini wujud sejak tahun 2001 lagi di mana pada masa itu Biro Agama dipengerusikan oleh Dato’ Hamid Othman dan saya salah seorang panel yang terlibat. Sebenarnya Islam Hadhari ini dapat dijelaskan bahawa Hadhari itu adalah salah satu sifat Islam. Menonjolkan istilah Hadhari itu adalah untuk menonjolkan sifat Islam itu yang sebenarnya dan juga menjelaskan kekeliruan terhadap Islam pada masa ini. Islam kini dilabel sabagai keganasan, kemunduran, kemiskinan, dan segala yang buruk adalah Islam walhal sebaliknya. Apabila Perdana Menteri kita yang bertanggungjawab sebagai ‘Hakim’ atau pemerintah melakukan ijtihadnya bahawa kita sebagai sebuah Negara Islam perlu menuju ke arah kecemerlangan, kegemilangan, dan terbilang. Umat Islam perlu menjadi umat yang terbilang. Maka untuk menonjolkan wawasan tersebut maka satu ungkapan Islam Hadhari diwujudkan sebagai penyelesaian terhadap salah faham terhadap Islam itu sendiri.”

Tapi penyokong mereka yang totok malah menyatakan sebaliknya. Mereka mengatakan perkara ini telah lama wujud dan diamalkan oleh pemimpin UMNO yang lebih awal , malah juga Hasan Al Banna dan leluhur Islam silam .
Seorang pendokong Umno dan temannya Hashim Yaacob Naib Canselor, Universiti Malaya dan Mohd. Nawi bin Haji Ismail mengatakan:
“Islam Hadhari Diperjuangkan oleh Tokoh Islam Semasa .Bermula dari Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Ridha seterusnya pemikir-pemikir Islam semasa seperti Hassan al-Banna menganuti kefahaman seperti di atas dan menjadikan Islam sederhana (wasat) sebagai teras perjuangan mereka. Kefahaman perjuangan mereka yang bercampur baur dengan bidaah dan khurafat ditolak sama sekali. Menurut mereka bidaah dan khurafat inilah yang menyekat kemajuan umat Islam menjadi setanding dengan Barat, malah mereka menyokong masyarakat Islam mengambil dan mempelajari bagaimana orang Barat boleh maju. Jika Islam tidak ditafsir secara sempit sudah tentu umat Islam tidak akan meninggalkan ilmu sains dan teknologi yang terkenalpasti antara sumber kekuatan Barat pada masa kini.

Pendekatan Islam Hadhari memang menjadi anutan umat Islam pada zaman awal, tetapi ia diselewengkan sehingga memberi kesan dalam politik umat Islam hingga terlantik pemimpin yang tidak layak memimpin umat Islam, yang tidak mempunyai kekuatan kefahaman pendidikan akhlak dan agama serta tidak mempunyai roh jihad dan kemampuan berijtihad.
Dalam masa yang sama Dr Mashitah mempunyai kesedaran yang sebaliknya.Dr berkenaan menegaskan bahawa Islam Hadhari ini adalah gagasan kerajaan Malaysia .
Dalam menjawab soalan wawancara : Perlu atau tidak dalam konsep Islam Hadhari undang-undang syariah diangkat martabatnya setaraf atau lebih daripada undang-undang sivil?

Dr. Mashitah menjawab:
”Satu soalan yang cukup baik, ini kerana keperluan untuk menaiktarafkan undang-undang syariah di Malaysia perlu dijalankan dengan mengambil kesempatan pada konsep Islam Hadhari yang telah digagaskan oleh kerajaan.”
Umumnya usaha untuk mengukuhkan aliran progressive atau moderate muslim ini sedang giat diusahakan dalam kebanyakkan Negara umat Islam; khasnya di dua buah negara; Indonesia dan Malaysia . Menurut Marwaan Macan-Markar wartawan Asia Times Online yang terkenal dengan aliran memomokkan Islam:
“But elsewhere too, voices of moderation have been on the march in an attempt to reclaim the ideological ground they have partially lost to extremists. The work this year by groups such as the Liberal Islam Network, the Center for Moderate Muslims and the Center for Islam and Pluralism in Indonesia convey this trend.
Marry Huhtala (deputy assistant secretary of state for East Asian and Pacific affairs, Department of State U.S. dalam wawancara di Washington DC, menegaskan :
And he (Abdullah Badawi) has used the occasion of being in the chair to enunciate this new idea of Islam Hadari, which translated is "civilizational Islam." Clearly, it's a more moderate view of Islam in the context of a civil society. And he's created this Council of Eminent Persons within OIC to talk about this concept and to spread it through the region. Now, that's quite powerful, you know. I don't know if he'll get anywhere, but it's very encouraging that, you know, he's trying to do that.:

Dari sudut yang lain seorang penulis Khoo Boo Teik berpendapat:
Whether or not that’s true, Islam Hadhari was politically ‘new’ in at least three ways.
First, Islam Hadhari replaced, or was seen to replace, Dr Mahathir’s Islamisation policies that had worn rather thin during the 1998–99 crisis.
Second, Islam Hadhari offered a ‘moderate’ and ‘progressive’ Islam in a time of heightened global suspicion of anything ‘Islamist’.
And, third, with Malaysia presiding over the Organization of the Islamic Conference, Islam Hadhari allowed Abdullah to internationalise UMNO’s religious credentials beyond their former association with only national development.
Tapi dalam masa yang sama beliau mempersoalkan adakah Islam Hadhari akan memperakukan undang-undang zalim ISA dan tindakan yang tidak adil dan demokratik yang diamalkan oleh UMNO sekarang. Beliau menambah kata:
Yet the UMNO General Assembly spent little time clarifying many social and political implications of implementing Islam Hadhari.

For example, does Islam Hadhari condone the use of the Internal Security Act, the Sedition Act and the Official Secrets Act? Does the ‘moderation’ impled in Islam Hadhari mean the government will be ‘progressive’ in respecting civil liberties and human rights at home when around the world people have been repelled by the Abu Ghraib torture of untried prisoners?

Definisi Islam Hadhari

Walaupun ungkapan ini dalam bahasa arab agak langka digunakan kerana kejanggalannya namun penggunaannya membawa makna “Islam Civilizational” atau Islam berketamadunan atau Islam bertamadun. Ini bermakna ada dua jenis Islam. Islam bertamadun dan Islam yang tidak bertamadun. Islam yang dibawa oleh Allah ialah Islam yang serba rahmat dan rahmat sudah pasti hanya satu sahaja. Berdasarkan ayat 19 Surah Ali Imran:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللّهِ فَإِنَّ اللّهِ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Maksudnya :
“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam, Tiadalah berselisih ahli-ahli kitab melainkan setelah datang ilmu kepada mereka, kerana berdengkian sesamanya. Barang siapa yang kafir akan ayat-ayat Allah, maka ssungguhnya Allah bersegera menghisabnya”

Bertamadun atau tidak adalah sifat manusia. Manusia itu sendiri yang bersifat bertamadun atau tidak. Manakala Islam agama Allah adalah semata-mata rahmat dan semata-mata nikmat. Allah berfirman dalam Surah Al-Anbia ayat 107:


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ


Maksudnya :

“Tidak kami utusmu wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.



Takrif Jakim

Menurut Jakim, Islam hadhari ialah :

“Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”.

Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa :

i. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik “al-Islam al-Siyasi”, Islam bersifat tasawwuf “al-Islam al-Sufi” dan seumpamanya.

ii. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identity, jati diri serta penjajahan pemikiran.

iii. Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.

Definisi Islam hadhari seperti di atas menunjukkan bahawa terdapat apa yang disebut sebagai perspektif tamadun Islam menjadi teras kepada pembangunan tersebut. Perspektif ini dalam konteks Malaysia bermula dengan perlaksanaannya oleh parti nasionalis Melayu yang tidak akan berpolitik atas landasan Islam dan tidak akan membiarkan Islam diperjuangkan sebagai nama kumpulan yang mahu menegakkan asas tamadun Islam itu.

Ia juga menegaskan bahawa apa yang dipanggil perspektif tamadun Islam akan menjadi rujukan asas dan bukan asas ajaran Islam yang lumrah diikuti dan dipatuhi oleh umat Islam selama ini seperti quran, hadith, ijma’ dan qias. Asas-asas tersebut ternyata masih samar dan longgar untuk diikuti oleh masyarakat.

Matlamat Islam Hadhari

Dalam draf asal kertas kerja Islam Hadhari Jabatan Perdana Menteri dinyatakan bahawa tujuan keempat rancangan ini ialah untuk mempastikan para pegawai kerajaan dan orang ramai akan menjadi penyokong kuat kerajaan BN dan UMNO. Namun dalam kenyataan rasmi berikutnya perkara berkenaan tidak lagi dizahirkan memandangkan ia mengundang kontroversi. Justeru kewangan awam akan digunakan untuk melahirkan kader dan pendokong parti UMNO dan BN. Ini bertentangan dengan etika, undang-undang dan sifat kerajaan yang telus. Jadi untuk mengelakkan kemungkinan itu tujuan tersebut ditiadakan.
Selaras dengan itu presiden UMNO menegaskan bahawa Islam Hadhari ialah untuk mencapai 10 matlamat berikut:
1. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI
2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam semula jadi
10. Kekuatan pertahanan

Ulasan Kita

Pada zahirnya matlamat ini tidaklah bercanggah dengan ajaran Islam. Namun jika diteliti secara lebih halus kita akan tertanya-tanya. Bagaimana UMNO mahu meraih keimanan kepada Islam dengan melenyapkan dimensi politik agama berkenaan. Islam adalah agama yang syumul dan komprehensif mengandungi seluruh aspek kehidupan. Salah satu dari aspeknya ialah politik. Umat Islam mesti dan wajib berpolitik berlandaskan Islam. Tapi apabila UMNO menggugurkan politik Islam dari pegangan dan amalannya tidakkah itu bermakna ia telah meninggalkan sebahagian agama dan mengambil sebahagian yang lain.
Golongan Islamist seperti mana yang diungkapkan sendiri oleh Presiden UMNO adalah di luar UMNO. Para pemimpin UMNO tidak bersetuju dan tidak akan merelakan parti Islam atau Islamist memerintah negara ini, tidakkah perkara ini suatu yang aneh dan lebih aneh lagi parti nasionalist mendakwa bahawa parti mereka sebagai parti Islam moderate atau progressive. Bak kata seorang penulis ibarat parti yang berfaham Sosialis mahu mendakwa bahawa ia adalah parti Kapitalis. Memang ajaib dan aneh.

Mengenai matlamat kedua kita memang berkerja keras untuk mereformasikan politik Negara ini menjadi politik yang adil dan saksama. Sebab itu kita menuntut Fair Playing Field dalam pilihanraya, dalam memiliki media massa, dalam buku daftar pengundi, dalam kehakiman , peranan polis, layanan biasiswa, agihan peruntukan pembangunan, dalam penambahan kerusi parlimen untuk negeri Kedah dan Kelantan dan sebagainya. Namun tuntutan itu belum ada tanda untuk dilayan dibetulkan. Di manakah keadilan yang dikatakan itu. Apakah cukup rakyat hanya disuap dengan janji-janji kosong dan dengan perkataan yang muluk-muluk.

Rakyat yang berjiwa merdeka dalam takrif dan pengertian yang tidak bercanggah dengan syara’ adalah suatu tuntutan yang pernah kita suarakan. Walaupun Islam lebih menekankan aspek kepatuhan dan keta’atan kepada Allah namun Islam juga mahu memerdekan manusia dari belenggu perhambaan kepada kuasa batil yang menghakis taraf manusia sebagai insan dan makhluk yang bermaruah. Islam mahu membebaskan manusia dari belenggu jahiliah dan faham sekularisme, materialisme dan nasionalisme totok.

Apa yang kita lihat dari program dan akta-akta dan hala tujuan BN ialah menghakis kebebasan rakyat dengan Aku Janji yang mengikat mereka agar menjadi hanya penyokong parti BN dan Umno. Para pelajar di ugut bahawa biasiswa mereka akan diragut kalau memihak kepada parti pembangkang dan berbagai lagi masuk campur dalam pilihanraya kampus untuk menafikan hak demokratik mahasiswa reformis yang kritis.

Kontraktor diugut akan disenarai hitamkan kalau menyokong parti lain. Mereka mengamalkan dasar tidak mahu menerima pembangkang dengan memperoklamirkan dasar pembangkang sifar, Islam sifar dan BN sendiri akan memainkan peranan pembangkang sebagai lakonan dan sandiwara.

Kes Dato Seri Anuar Ibrahim adalah jelas memaparkan bagaimana ketidakadilan UMNO terhadap bekas Timbalan Presiden mereka sendiri. Petisyen pembangkang tentang salahlaku BN dalam pilihanraya tidak ada satupun yang lekat. Penggunaan jentera kerajaan dan pegawai awam serta media massa oleh BN terhadap parti lawan tidak sedikitpun dikurangi atau dibetulkan. Cekikan kerajaan Umno BN terhadap media massa begitu kemas melalui tiga wahana penting seperti yang dijelaskan oleh Dr Syed Husin Ali. Bagaimana kerajaan boleh menjanjikan lagi keadilan dalam Islam Hadhari.

Penguasaan ilmu pengetahuan adalah matlamat murni yang diperjuangkan oleh semua golongan. Namun apa yang terpampang dihadapan mata kita ialah penafian keilmuan orang yang berilmu kerana tidak sehaluan dengan UMNO atau BN. Ramai para alim ulama dan bijak pandai Islam yang dihalang dari memberikan khutbah dan pengajian di surau dan masjid di mana orang-orang umno menguasai institusi berkenaan .

Puluhan ribu mahasiswa menganggur dan 50 ribu kontraktor yang tenat kerana tidak mendapat projek manakala bilangan nilai saham yang menurun lebih banyak dari yang melonjak naik membayangkan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak sihat dan seimbang sejak setahun PM sekarang memerintah. Menurut seorang penulis :

“There are many aspects where Malaysian economy is unbalanced and lacking eg Agriculture which cannot produce the country's need for food; over-reliance on foreign investments compared to cultivation of local expertise and technology; growth oriented economy which disrupt communities and ecology; cronyism and monopolies which cripple free and fair competition etc etc. Is Islam Hadhari suggesting any remedies ? If there is none then Islam Hadhari risk becoming another `work hard' moral exhortation which is a tried and failed method to encourage the workers and to improve productivity without getting anything back; Only a system which reward the hardworking and smart working will succeed in encouraging the people to unleash their working capacities and talents; Is Islam Hadhari ready to get rid of cronyism and nepotism in government to do these ? Is Islam Hadhari union friendly so as to secure reasonable working rewards and conditions for the workers ?”

Mengenai matlamat kehidupan yang berkualiti kita melihat projek rumah mahal untuk 12 orang EXCO Selangor menunjukkan kadar pembaziran untuk orang yang berada . Ini membayangkan pengurusan kewangan rakyat yang tidak berkualiti. Dalam tulisan yang mengandungi kritikan jitu dan pedas terhadap PM seorang pengkritik politik baru-baru ini menegaskan:

” Pada hari Sabtu lalu di Kuala Terengganu Pak Lah telah mengumumkan pembinaan ISLAMIC CIVILISATION THEME PARK, yang dijangka siap dalam tempoh 3 tahun. Kerajaan akan melantik pakar perunding dan para artisan yang pernah bekerja untuk taman tema bertaraf antarabangsa seperti Movie World dan Sea World di Australia dan Disnelyland Tokyo bagi merealisasikan matlamat penubuhan taman berkenaan. Taman ini yang terletak di Pulau Pak Man berhampiran Pulau Duyong akan dipenuhi dengan binaan 21 replika bangunan dan monument bersejarah Islam termasuklah masjid-masjid terkenal diseluruh dunia. Juga akan dibina sebuah MASJID KACA KRISTAL TERAPUNG di atas Sungai Terengganu!

Belanjanya RM200 juta! Tidakkah ini satu pembaziran besar khususnya bagi rakyat Terengganu. Apa gunanya dibina replika 21 masjid sedangkan masjid-masjid di Terengganu pun dhaif-dhaif belaka? Apa gunanya masjid terapung dari kaca kiranya rakyat Terengganu kebanyakkannya sengsara menderita tidak memiliki rumah sendiri?

Sedangkan dengan RM200 juta boleh membina sehingga 8,000 buah rumah untuk rakyat termiskin kiranya kos pembinaan rumah tersebut sekitar RM25,000 sebuah

Mengenai matlamat pembelaan terhadap hak golongan minority dan kaum wanita kita dapati janji ini adalah menggiurkan. Tapi setelah berpuluh tahun memerintah dan membuat janji kita dapati UMNO malah tidak membela hak majoriti bangsa Melayu dan Islam di Kedah dan Kelantan yang sepatutnya mendapat peruntukan kerusi parlimen sejajar dengan nisbah pertumbuhan penduduk di kedua-dua buah negeri berkenaan. Padahal Johor dan Sabah mendapat peruntukan berkenaan. Ramainya golongan merengkok di penjara dan mendapat penghakiman atas dosa apakah mereka ditangkap adalah bukti nyata bahawa UMNO dan BN kini bukan pembela bangsa atau rakyat.

Kedudukan moral dan budaya umat kini amat tergugat dan semakin parah dengan gejala maksiat . Para penentang penguatkuasaan syara’ serta undang-undang yang ingin menghalang gejala berkenaan.semakin ramai dan galak. Mereka terdiri dari anak-anak tokoh pemimpin negara dari kalangan UMNO.Menurut Dr Syed Husin Ali T.Presiden PKR:
“BN semasa Dr. Mahathir banyak menggunakan wang rakyat secara membazir. Banyak projek-projek mega yang tidak banyak manfaat kepada rakyat dibuat. Hasil kekayaan negara, sumber daripada petroleum yang berjumlah 350 billion lesap cuma tinggal 50 billion sahaja. Mengikut beliau, kalau wang sebanyak itu digunakan untuk
kepentingan rakyat, sudah tentu banyak rumah-rumah untuk golongan miskin dapat didirikan. Dan semua rakyat yang miskin boleh mendapat pendidikan percuma
hingga ke peringkat universiti. Tidak perlu berhutang kepada PTPTN.”

Matlamat pemeliharaan alam semula jadi dalam kerakusan para pemimpin UMNO dan BN untuk mengaut keuntungan meteri tidak dapat dipertahankan. Kenyataan muluk dan bermadu boleh sahaja dirakamkan dan ditulis dengan tinta mas, namun apa yang berlaku di sebalik janji-janji bermadu itu adalah penggondolan dan pembugaran hutan simpan dan kawasan tadahan air hujan. Sandiwara penguatkuasaan dilakonkan dengan baik apabila ada kritikan dan kemarahan rakyat diluahkan, namun penjarah sebenarnya tetap utuh dan selamat dari tindakan undang-undang. Ini kerana mereka kroni UMNO. Sebab itu kedudukan Malaysia dalam Indeks Negara pengamal rasuah jatuh lagi dua mata selepas berada ditangga 34.

Mengenai matlamat keutuhan pertahanan maka kita dapati dengan kelemahan pimpinn UMNO dan BN yang ketara akan menyebabkan pertahanan Negara semakin rapuh dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan. Dengan contoh komitmen Islam yang cacat dan herot , di samping amalan pemerintahan yang rasuah dan korup , pembaziran terhadap harta awam dan mementingkan muslihat kroni dan sebagainya sudah tentu persiapan pertahanan dalaman seperti akidah yang utuh dan pegangan syariat yang kental serta disiplin diri yang kuat dan mutu moral yang tinggi tidak dapat dicapai. Kelemahan dalam pembangunan manusia akan membawa kelemahan dalam pembangun kebendaan dan prasarana penting dalam Negara kita. Manakala trend kediktatoran dalam UMNO yang dilakarkan dengan jelas oleh sdr. Zukri Aksah tentu akan lebih merapohkan lagi amalan demokrasi di Negara kita.

Penutup

Huraian mengenai rekod UMNO dan BN yang korup ini akan terlalu panjang untuk direntang dalam kesempatan ini. Kalau reformasi seperti yang dituntut oleh rakyat dapat dilakukan oleh mereka tentu mereka sudah lakukan setelah sekian lama memerintah tapi apa yang jelas UMNO dan BN tidak dapat keluar dari kepompong lamanya yang sangat korup dan menyimpang dari lunas demokrasi dan dasar akhlak Islam yang sebenar. Kualiti dan rekod buruk kepimpinan mereka dalam segenap peringkat tidak akan membenarkan perubahan dan reformasi seperti mana yang mereka sebut dan janjikan. SPR, JPN, Insititusi Kehakiman , Polis dan sebagainya adalah alat mereka melanjutkan kuasa walau dengan apa cara sekalipun. Watak ini sudah mendarah daging dan tidak mungkin dapat dirubah oleh seorang PM walau bagaimana bersihnya PM itu. Pengalaman Dato Sri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Timbalan perdana Menteri dan Ketua Jawatankuasa Disiplin UMNO untuk membuat perubahan dan menentang rasuah dari dalam adalah bukti yang nyata tentang itu. Dalam masa yang sama Dr. Mahatir Mantan PM Malaysia yang hebat pun pernah menyatakan kegagalannya dalam memimpin dan merubah UMNO dan bangsa Melayu. Jadi apakah PM sekarang berupaya berbuat sebaliknya.

Pada hakikatnya :

“Islam Hadhari adalah salah satu daripada perkara yang boleh dimasukkan ke dalam perbuatan bid’ah dan boleh menyesatkan. Ini disebabkan ia boleh dikira mewujudkan Islam dalam bentuk baru dengan hanya menggunakan perkataan Islam, dan beramal dengan sebahagian ajaran Islam, dan mengingkari sebahagian yang lain. Dalam masa yang sama Islam Hadhari dicemari dengan perkara-perkara yang menyanggah ajaran Islam dalam mengendalikan urusan politik dan pentadbiran seperti politik wang, rasuah, menyalahgunakan kuasa, menentang hukum Allah secara berterangan dan lain-lain. Dalam urusan ekonomi pula mereka masih meneruskan muamalah riba, mengeluarkan lessen bagi kegiatan maksiat, amalan monopoli oleh golongan tertentu dan lain-lain. Manakala aspek hiburan pula mereka lakukan apa sahaja dengan merentasi batas-batas agama”
“Islam Hadhari yang mahu mencampuradukkan hak dan batil, iman dan kufur, Islam dan jahiliyyah, makruf dan mungkar, adil dan zalim, halal dan haram adalah satu rekaan (dibaca bid’ah) terhadap Islam.”

Kalaupun Islam Hadhari membawa hasrat murni PAK LAH sekalipun namun gerembolan di sekeliling beliau yang berbagai aliran kepentingan dan hala tuju tidak akan bersedia menerima trend Islam Hadhari yang menguatkuasakan undang-undang moral dan agama. Malah keluarga terdekat beliau tidak akan bersetuju dengan aliran kembali kepada Islam sepertimana yang diajar oleh Rasulullah dan alim ulama muktabar. Malah kalangan yang berkepentingan di luar Negara pun masih meragui dan takut dengan Islam Hadhari Pak Lah. Akhirnya politikus Melayu UMNO akan mencipta ajaran Islam baru yang longgar dan liberal dan mereka akan beri nama baru selain dari hadhari dan progressive untuk menyedapkan hati rakyat muslim terbanyak ketika itu sehingga mereka berjaya melemahkan dan mengurangkan bilangan dan parti Islam barulah golongan itu akan berhenti bercakap mengenai Islam kerana pengaruh Islam dan kedudukan pengikut Islam yang sejati sudah pupus dan tiada lagi. Ketika itu tiada politikus Melayu yang akan menampilkan projek bernuansa agama kerana itu bukan perkara penting lagi dan tidak mendesak, sementelahan pula sudah hapus pengaruh parti Islam untuk menggugat kedudukan parti manusia muslim liberal yang sekular itu di Malaysia..

Islam yang diturunkan oleh Allah hanyalah satu. Musuh-musuh Allah mahu menggambarkan Islam dalam pelbagai jenama untuk memusnahkan Islam dari dalam. Mereka menggambarkan Islam berpecah kepada : politik Islam atau Islam Politik, Islam Progressive, Islam Libral , Islam Fundementalist, Islam Traditionalist dan berbagai lagi dan kemudian memaksa umat Islam agar masuk dalam salah satu kotak-kotak ciptaan ini agar mereka berpecah belah dan kalah serta musnah. Mana-mana umat yang terjebak dalam kancah ini dan terus fanatic dengan istilah dan acuan baru yang mereka cipta tentulah akan merana di dunia dan di akhirat.

Sebab itu Allah berfirman dalam Surah al Baqarah 208:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِين

Maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman masuklah kalian dalam (agama) kedamaian (Islam) seluruhnya dan janganlah kalian menurut jejak langkah syaitan, justeru syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.”
Dalam Surah al –Nur 21 Allah berfirman lagi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya :
“Hai orang-orang yang beriman jangan kalian turuti jejak-langkah syaitan. Siapa yang mahu ikut jejak langkah syaitan sebenarnya syaitan menyuruh manusia berbuat kebejatan dan perkara yang mungkar. Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kalian nescaya tiada siapapun dari kalangan kalian yang akan disucikan (dimurnikan jiwanya). Akan tetapi Alah memurnikan (jiwa) siapa yang Ia mahu . Memang Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.”